Kurang daripada separuh rakyat SG sedia tanggung biaya rawatan barah
Kurang daripada separuh rakyat Singapura yang ditinjau baru-baru ini berkata mereka bersedia dari segi kewangan untuk menanggung biaya rawatan barah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kurang daripada separuh rakyat Singapura yang ditinjau baru-baru ini berkata mereka bersedia dari segi kewangan untuk menanggung biaya rawatan barah.
Tinjauan itu dijalankan bersama oleh Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS), 'Research For Impact', serta bank DBS.
Tinjauan yang disertai 1,200 orang itu merupakan yang pertama dalam siri kajian tiga bahagian.
Kajian menunjukkan kurang daripada satu pertiga responden berasa yakin bahawa polisi insurans kesihatan dan penyakit kritikal sedia ada mereka dapat menanggung biaya rawatan barah.
Di kalangan mereka yang belum pernah menghidapi barah, hampir satu daripada tiga bimbang mengenai biaya rawatannya.
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah hingga sederhana.
Mereka yang tiada perlindungan berkata premium insurans kurang dimampui.
Manakala yang mempunyai perlindungan pula kurang memahami perincian polisi mereka.
Ini termasuk manfaatnya serta jumlah yang perlu ditokok.
Dua dalam tiga responden pula tidak menyedari perubahan kepada dasar jagaan kesihatan.
Ini termasuk bagaimana Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu yang dibeli atau diperbaharui sejak April lalu hanya meliputi ubat-ubatan barah dalam senarai yang diluluskan pemerintah.
NCIS menyatakan pelbagai dapatan tinjauan itu menekankan perlunya usaha pendidikan serta tindakan daripada para penggubal dasar.
"Kami perlu giatkan lebih banyak usaha untuk pastikan istilah-istilah polisi (insurans) boleh difahami orang ramai. Supaya, orang ramai benar-benar faham, bagaimana mereka dilindungi - agar mereka tidak membeli (insurans) terlalu banyak, dan tidak membeli terlalu sedikit," kata Ketua Klinikal, Kajian HealthCARES, Dr Jen Wei Ying.
Tahap selanjutnya dalam kajian itu akan melibatkan temu bual bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pekerja sosial, pesakit dan penjaga mereka.
Dapatan tinjauan itu bertujuan membantu semua pihak yang berkepentingan agar menyedari peri pentingnya pendidikan kewangan apabila berhadapan dengan barah.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.