Skip to main content

Singapura

Kurang 50% tebus baucar SRV setakat 1 Dis setelah tempoh sah dilanjutkan

Kurang separuh daripada rakyat dewasa Singapura menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) walaupun Pemerintah pada bulan lalu mengumumkan tempoh sah baucar itu akan dilanjutkan sehingga Mac depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang 50% tebus baucar SRV setakat 1 Dis setelah tempoh sah dilanjutkan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 11 Dec 2021 05:17PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 05:21PM

SINGAPURA: Kurang separuh daripada rakyat dewasa Singapura menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) walaupun Pemerintah pada bulan lalu mengumumkan tempoh sah baucar itu akan dilanjutkan sehingga Mac depan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (10 Dis) menyatakan hanya sekitar 1.1 juta rakyat Singapura menggunakan baucar mereka sekurang-kurangnya sekali, setakat 1 Disember.

Secara keseluruhannya pula, terdapat 1.8 juta urus niaga yang menggunakan baucar SRV.

Perangkaan itu cuma naik sedikit berbanding kemas kini yang disediakan lembaga tersebut pada 1 November, yang menunjukkan hampir 1.3 juta rakyat Singapura sudah menggunakan baucar mereka sekurang-kurangnya sekali.

Mediacorp sebelum ini melaporkan lebih 760,000 penduduk dewasa Singapura yang berusia 18 tahun dan ke atas, sudah menebus baucar mereka, setakat 28 Mac lalu. Manakala, lagi 2.2 juta orang belum menggunakan SRV masing-masing.

Ini bermakna, sekitar 2.96 juta orang mendapat baucar SRV.

Pemerintah mengumumkan pada Ogos tahun lalu bahawa setiap rakyat dewasa Singapura akan menerima baucar bernilai S$100 untuk digunakan di tempat-tempat daya tarikan dan mengikuti pelbagai lawatan berpandu. Langkah itu dilaksanakan demi merancakkan sektor pelancongan tempatan.

Tempoh sah baucar yang diagihkan adalah antara 1 Disember 2020 dengan hujung Jun 2021. Tarikh akhir untuk menebus SRV bagaimanapun dilanjutkan kepada 31 Disember pada April lalu.

Dalam usaha mendorong lebih ramai supaya menggunakan baucar tersebut, STB pada 22 November mengumumkan bahawa tempoh sah baucar SRV sekali lagi akan dilanjutkan dan kali ini kepada 31 Mac 2022.

Namun semua tempahan perlu dilakukan sebelum akhir tahun ini.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita