Kurang 2 daripada 100 murid sekolah rendah perlu sokongan kesihatan mental: MOE
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Kurang dua daripada setiap 100 murid sekolah rendah memerlukan kaunseling bagi isu-isu kesihatan mental.
Ini juga bilangan yang kekal stabil sejak lima tahun lalu, menurut Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang di parlimen pada Rabu (5 Okt).
Cik Gan berkata demikian sebagai memberi respons kepada soalan-soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio Darryl David dan Ketua Pembangkang Pritam Singh.
Encik David memfailkan soalan di parlimen tentang sama ada jumlah murid sekolah rendah yang memerlukan kaunseling bagi isu-isu kesihatan mental meningkat sejak lima tahun lalu, serta bagaimana murid-murid sedemikian menanganinya apabila mereka beralih ke sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
Encik Singh pula bertanya tentang jumlah murid sekolah rendah yang memerlukan kaunseling tahun lalu.
Dalam responsnya, Cik Gan mendedahkan bahawa data menunjukkan sekitar 16 daripada 1,000 murid sekolah rendah memerlukan kaunseling setakat 2021.
Beliau berkata meskipun jumlah murid sekolah rendah yang dirujuk kepada para kaunselor sekolah bagi isu-isu berhubung kesihatan mental adalah stabil antara 2017 dengan 2021, sebilangan mereka "mungkin memerlukan sokongan kaunseling walaupun selepas mereka tamat pengajian sekolah rendah".
"Para kaunselor sekolah memudahkan usaha ini dengan mendampingi ibu bapa supaya berbincang tentang bagaimana sokongan kaunseling boleh dilanjutkan kepada sekolah baru murid itu."
Dengan kebenaran ibu bapa, maklumat seperti strategi-strategi bagi menyokong murid itu dan cabaran yang dihadapi kanak-kanak tersebut akan dikongsikan dengan sekolah baru itu.
"Maklumat seumpama itu akan ditangani dengan sensitif dan hanya akan dikongsikan jika perlu," tambahnya.
Encik David bertanya sama ada perkongsian maklumat sensitif sedemikian dapat didedahkan di luar Kementerian Pendidikan (MOE) dan turut dikongsikan dengan agensi-agensi pemerintah lain.
Beliau juga memberi contoh seorang penuntut lelaki yang sudah tamat pengajian dan bakal menyertai Perkhidmatan Negara (NS).
"Adakah (Kementerian Pertahanan) mempunyai akses kepada maklumat sedemikian, yang biasanya, saya andaikan, dikawal MOE?" tanya beliau.
Cik Gan memberi respons dengan berkata pemerintah "sangat prihatin tentang kesinambungan jagaan kesihatan dan sokongan mental bagi anak-anak muda kita", sambil menarik perhatian bahawa pasukan bertindak berbilang agensi bagi kesihatan mental juga ditubuhkan tahun lalu.
MOE sebelum ini menyatakan, pada 2018, sekitar 10 dariapda setiap 1,000 pelajar secraa keseluruhannya di sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi menerima sokongan kaunseling bagi isu-isu keresahan atau berhubung tekanan.
Mediacorp sudah bertanya MOE bagi perangkaan yang terkini.

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.