Kurang 10% lori sudah pasang pengehad kelajuan mandatori jelang tarikh akhir Jan 2026: Polis trafik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kurang 10 peratus lori yang diwajibkan memasang pengehad kelajuan mandatori menjelang awal tahun depan sudah berbuat demikian, menurut polis trafik.
Sejak Januari tahun lalu, lori dengan berat muatan maksimum antara 3,501kg dengan 12,000kg dikehendaki memasang pengehad kelajuan. Peranti itu memberi amaran kepada pemandu apabila mereka melepasi had laju yang ditetapkan, iaitu 60km/j.
Lebih 17,000 lori yang layak perlu dipasang dengan peranti ini dalam empat fasa. Pemilik lori diberi tempoh dua hingga tiga tahun – bergantung kepada sama ada kenderaan didaftar sebelum atau selepas 2018 – untuk mematuhi syarat ini.
Model lama yang didaftar sebelum 1 Januari 2018 dan berat antara 5,001kg dan 12,000kg mempunyai tempoh sehingga 1 Januari 2026 untuk memasang pengehad kelajuan, manakala yang antara 3,501kg dengan 5,000kg mempunyai tempoh sehingga 1 Julai 2026.
Lori baharu dalam kategori lebih berat yang didaftar pada atau selepas 1 Januari 2018 perlu berbuat demikian menjelang 1 Januari 2027, manakala yang dalam kategori lebih ringan perlu memasang pengehad kelajuan menjelang 1 Julai 2027.
Superintendent (SUPT) Lian Weixiong berkata dalam temu bual dengan wartawan pada Isnin (9 Jun) bahawa kebimbangan utama adalah lori yang diwajibkan memasang pengehad kelajuan mulai 1 Januari 2026.
Kira-kira 2,600 lori dikehendaki memasang peranti tersebut menjelang tarikh akhir pertama. Daripada jumlah ini, hanya 231 atau kurang 10 peratus yang sudah berbuat demikian.
Mengenai mengapa kadar pemasangan rendah, SUPT Lian, yang merupakan ketua cawangan penyelidikan, perancangan dan pembangunan pertubuhan polis trafik, berkata banyak syarikat mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" kerana masih ada "masa" sebelum tarikh akhir.
Sesetengah daripada mereka mungkin tidak memahami faedah operasi pengehad kelajuan, iaitu ia akan meningkatkan keselamatan jalan raya untuk pemandu lori dan pengguna jalan raya lain, tambah SUPT Lian.
Merujuk kepada denda lebih berat bagi kesalahan memandu laju yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, beliau juga berkata ia adalah demi "kepentingan sendiri" syarikat untuk memasang peranti tersebut lebih awal agar pemandu mereka tidak memandu laju.
Ia bukan sahaja akan membantu mengurangkan bilangan kemalangan, ia juga akan mengurangkan risiko pemandu dikenakan denda kerana memandu laju, dengan itu mengelakkan denda memandu laju seperti kompaun, mata demerit dan kemungkinan penggantungan lesen memandu.
Beliau memberitahu wartawan bahawa pemasangan pengehad kelajuan boleh mengambil masa kira-kira 30 minit. Kosnya mungkin antara beberapa ratus dolar hingga lebih S$1,000, bergantung pada model.
KESALAHAN MEMANDU LAJU
Secara berasingan, sejumlah 32 pelanggaran lalu lintas dikesan semasa operasi penguatkuasaan dua hari ke atas pemandu lori yang melakukan kesalahan, menurut polis dalam kenyataan media pada Rabu (11 Jun).
Daripada jumlah ini, 17 adalah kesalahan memandu laju. Memandu laju sudah dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan, dengan bilangan pelanggaran memandu laju mencapai paras tertinggi 10 tahun pada tahun lalu.
Semasa operasi yang dijalankan oleh polis trafik pada Isnin dan Selasa, sejumlah 56 lori dihentikan untuk pemeriksaan di pelbagai lokasi di seluruh Singapura.
Selain memandu laju, saman juga dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan lalu lintas seperti menggunakan peranti komunikasi mudah alih semasa memandu dan gagal memakai tali pinggang keledar.
Pihak media menyertai polis trafik pada hari pertama operasi.
Di jalan raya di Loyang, pegawai memantau dan memberi isyarat kepada lori, yang menjadi sasaran operasi, untuk berhenti di bahu jalan bagi pemeriksaan.
Beberapa kenderaan berat juga diminta berhenti untuk pemeriksaan. Dalam operasi serupa bulan lalu, 87 saman trafik dikeluarkan kepada kenderaan sedemikian.
Pada Isnin, Mediacorp menyaksikan kira-kira 14 kenderaan ditarik ke tepi oleh polis trafik. Pegawai memeriksa sama ada muatan diikat dengan betul pada lori dan juga mencari label pengehad kelajuan pada tingkap lori.

Bagi mereka yang tidak memilikinya, pegawai kemudian memberitahu pemandu tentang tarikh akhir yang semakin hampir untuk memasang pengehad kelajuan dan menunjukkan mereka kod QR yang dihubungkan ke laman Pasukan Polis Singapura untuk maklumat lanjut.
Wartawan juga dibawa ke jambatan berhampiran Seletar, di mana seorang pegawai polis trafik memantau kenderaan di ekspreswe menggunakan kamera laser kelajuan polis.

Semasa operasi penguatkuasaan pada pagi Isnin, sekurang-kurangnya 10 kesalahan memandu laju dikesan, kata SUPT Lian.
"Ini menunjukkan bahawa pemandu lori ini terus mengabaikan undang-undang lalu lintas, membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain," tambahnya.
"Saya menggesa pemilik lori yang layak untuk memasang pengehad kelajuan lebih awal untuk mengelakkan kesalahan memandu laju dan kemalangan di jalan raya."
Pemandu yang ditangkap memandu laju boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga S$1,000, atau kedua-duanya. Pesalah berulang mungkin menghadapi denda sehingga S$2,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.