Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurang 1% urus niaga rumah privet SG guna aturan '99:1', jelas MOF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Antara 2018 dengan 2021, sekitar 0.5 peratus hartanah kediaman privet yang terlibat dalam urus niaga melibatkan aturan nisbah "99:1" atau yang serupa dengannya.

Tindakan juga akan diambil terhadap kedua-dua pembeli dan ejen hartanah bagi aturan sedemikian, menurut Menteri Negara Kanan Kewangan CHee Hong Tat di Parlimen pada Jumaat (21 Apr).

Dalam satu contoh skim "99:1", para pemilik menjual sebahagian daripada faedah dalam hartanah mereka kepada seorang pembeli dalam masa yang singkat, mungkin untuk mengelak daripada membayar cukai.

Aturan "99:1" membentuk bahagian sangat kecil daripada keseluruhan urus niaga pasaran hartanah perumahan dan kesannya pada pasaran perumahan dan gadai janji di Singapura tidak ketara, kata Encik Chee.

Encik Chee, yang menjawab soalan sebilangan Anggota Parlimen, berkata aturan pembelian hartanah "99:1" biasanya melibatkan pembeli yang tidak memilki sebarang hartanah, dan kemudian dalam masa yang singkat, menjual satu peratus faedah kepada individu lain.

Dengan adanya struktur urus niaga seumpama itu, pihak-pihak terlibat berhasil mengurangkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) bagi pembelian hartanah itu.

Beliau menambah pembeli itu biasanya pasangan atau ahli keluarga terdekat lain, dengan profil lebih tinggi ABSD, tetapi dengan keupayaan untuk mendapatkan pembiayaan bagi hartanah itu.

APA ITU ABSD DAN BAGAIMANA SKIM '99:1' DIJALANKAN?

Pemerintah memperkenalkan ABSD sebagai cukai pada 2011 bagi menangani permintaan hartanah.

Rakyat Singapura mesti membayar 17 peratus ABSD apabila membeli hartanah kedua dan 25 peratus bagi pembelian susulan.

Perangkaan itu adalah lebih tinggi bagi penduduk tetap dan penduduk dari luar negara.

ABSD dikira "berdasarkan harga pembelian yang dinyatakan dalam dokumen dikenakan cukai atau nilai pasaran hartanah itu", mana-mana yang lebih tinggi, menurut laman Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri (IRAS).

Terdapat dua cara untuk membeli hartanah di Singapura apabila terdapat dua pemilik: Satu, adalah pemilikan bersama, yang biasanya digunakan oleh pasangan, di mana kedua-dua pihak akan memiliki bahagian setara bagi hartanah itu.

Kedua, adalah penyewaan bersama, yang biasanya digunakan bagi hartanah yang dijadikan sebagai pelaburan. Di bawah struktur ini, para pemilik bersama memiliki jumlah tertentu saham bagi hartanah itu dan ini boleh dibahagikan dalam sebarang bentuk nisbah, seperti 80:20.

IRAS sedang meneliti cara kedua - pembeli hartanah privet yang sudah menandatangani perjanjian untuk membahagikan bahagian, dengan niat untuk mengelakkan ABSD.

Jika hasrat 99:1 itu diisytiharkan dari mula, ABSD perlu dibayar asalkan satu pihak itu adalah pemilik hartanah sedia ada.

Apa yang sedang dipantau IRAS adalah bagi kes-kes yang disyaki cuba mengelak cukai oleh pembeli yang sudah mempersetujui skim 99:1, yang mana pegangan satu peratus segera dijual selepas pilihan pembelian itu dibuat.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan