Kurang 1% penduduk SG ambil dadah sekurang-kurangnya sekali tahun lalu: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kurang satu peratus penduduk Singapura mengambil dadah sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun lalu.
Demikian dapatan satu tinjauan Institut Kesihatan Mental (IMH), iaitu tinjauan pertama seumpamanya.
Tinjauan pertama seumpamanya itu melibatkan sekitar 6,500 responden.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa lebih seperlima daripada responden menyebut rasa ingin tahu sebagai sebab utama.
Sekitar 20 peratus responden pula percaya dadah mungkin membantu menangani masalah yang sedang mereka hadapi, sementara sekitar 12 peratus mengambil dadah ekoran pengaruh rakan-rakan.
LEBIH SEPARUH RESPONDEN AMBIL GANJA SEBAGAI DADAH PERTAMA
Lebih separuh responden mengatakan kanabis atau ganja adalah dadah pertama yang mereka ambil, diikuti oleh dadah 'Ecstasy'.
Bilangan yang mengambil dadah methamphetamine atau 'ice', dan juga heroin, sebagai dadah pertama yang mereka ambil, masing-masing sekitar tiga peratus.
Semasa ditanya dadah mana yang paling sering diambil, hampir 46 peratus menjawab ganja.
Ini diikuti oleh 'Ecstasy' dengan lebih 21 peratus, dan kemudiannya methamphetamine dengan lebih 18 peratus.
Sekitar 11 peratus responden mengatakan heroin adalah dadah pilihan mereka.
Namun demikian sebahagian besar individu yang ditinjau, iaitu sekitar 82 peratus percaya bahawa dadah sangat berbahaya berbanding pengambilan minuman keras ataupun merokok.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.