Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota COE naik sedikit; deposit bidaan lebih tinggi antara langkah baru LTA bagi motosikal

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) akan naik sedikit bagi suku antara Mei hingga Julai, manakala deposit bidaan bagi motosikal akan dinaikkan mulai tender seterusnya. 

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (21 Apr). 

Menurut LTA, kuota COE bagi tempoh antara Mei hingga Julai adalah 9,575, naik sekitar 1.5 peratus daripada 9,437 COE yang diperuntukkan pada suku sebelumnya. 

Dua perubahan pada bidaan COE motosikal akan dilakukan untuk "meningkatkan kecekapan peruntukan", menurut LTA. 

Deposit bidaan akan dinaikkan dari S$800 kepada S$1,500 dan tempoh sah bagi COE sementara Kategori D akan dipotong dari tiga bulan kepada sebulan. COE yang tamat tempoh akan dipulangkan kepada pembida lebih awal. 

Ini merupakan kali kedua dalam dua tahun di mana LTA menyesuaikan deposit bidaan dan tempoh sah COE sementara bagi motosikal. 

Untuk menggalak bidaan yang berhemat, agensi itu mengumumkan pada Mac 2022 bahawa ia akan menaikkan deposit bidaan motoikal dari S$200 kepada S$800. Pada masa yang sama, kesahan COE sementara akan disingkatkan dari enam kepada tiga bulan.

Langkah-langkah itu kemudian dikuatkuasakan untuk meredakan keprihatinan yang peniaga kenderaan membuat bidaan secra spekulatif dan memegang COE sementara motosikal di tengah-tengah kenaikan premium COE bagi kategori tersebut. 

LTA pada Jumaat menarik perhatian, antara Januari hingga Mac tahun ini, 457 COE sementara bagi Kategori D tamat tempoh tanpa digunakan untuk pendaftaran motosikal dan dilucutkan. 

"Ia akan dipulangkan untuk bidaan pada bidaan-bidaan seterusanya antara Mei hingga Julai 2023," tambah LTA. 

Langkah-langkah baru bagi Kategori D dan kuota COE baru akan dilaksanakan pada bidaan yang bermula pada 2 Mei. 

Premium COE ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori pada bidaan terkini pada 19 April, dengan harga COE bagi Kategori A dan B memecah rekod buat bidaan ketiga berturut-turut. 

Premium bagi Kategori B, iaitu untuk kereta lebih kecil, melebihi S$100,000 dan ditutup pada S$103,721.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat 2 peratus kepada S$120,889.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, naik kepada S$124,501, sekali gus memecah rekod lalu, iaitu S$118,990, meningkat sekitar 4.6 peratus.

Premium motosikal ditutup pada harga S$12,179, naik sedikit daripada S$12,001 dalam bidaan lalu.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan