Skip to main content

Singapura

Kuota COE naik lebih 6% antara Mei-Jul 2025

Bekalan keseluruhan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi tempoh antara Mei hingga Julai tahun ini akan dinaikkan lebih 6 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kuota COE naik lebih 6% antara Mei-Jul 2025

Gambar fail: Jeremy Long/CNA

Diterbitkan : 16 Apr 2025 06:28PM Dikemas Kini : 16 Apr 2025 06:34PM
SINGAPURA: Bekalan keseluruhan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi tempoh antara Mei hingga Julai tahun ini akan dinaikkan lebih 6 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (16 Apr).

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 18,232 sijil COE, meningkat daripada 17,133 pada suku sebelumnya, yang sudahpun menyaksikan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu - iaitu antara Mei 2024 hingga Julai 2024 - keseluruhan jumlah kuota meningkat sebanyak 21 peratus.

Kuota bagi Kategori A meningkat sebanyak 10 peratus, Kategori B dan C pula meningkat sebanyak 5 peratus, dan Kategori D meningkat 3 peratus berbanding suku sebelumnya.

Bidaan bagi kuota baharu akan bermula pada 5 Mei.

Kuota COE bagi tempoh bidaan antara Ogos 2025 dengan Oktober 2025 akan diumumkan pada Julai, menurut LTA.

Kuota COE bagi suku akan datang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

- 25 peratus daripada COE kenderaan yang dibatalkan pendaftaran dalam tempoh 12 bulan dari April 2024 hingga Mac 2025.

- Peruntukan untuk pertumbuhan 0.25 peratus setahun bagi Kategori C adalah berdasarkan jumlah kenderaan dalam Kategori C setakat sehingga 31 Dis 2024.

- Penyesuaian bagi perubahan pada jumlah teksi, COE tamat tempoh, Skim Penggantian Awal Kenderaan (ETS) untuk kenderaan komersial dan pembahagian semula daripada pembatalan pendaftaran yang dijamin untuk Kategori A, Kategori B dan Kategori D.

Pada Oktober tahun lalu, LTA mengumumkan bahawa sehingga 20,000 COE akan ditambah secara bertahap-tahap bagi semua kategori kenderaan mulai Februari sepanjang "beberapa tahun akan datang".

Langkah itu menyusuli pelaksanaan ERP 2.0.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita