Kuota COE naik 8% pada suku Feb-April
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Bekalan keseluruhan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi tempoh Februari hingga April akan naik 8 peratus berbanding suku sebelumnya.
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (16 Jan).
Terdapat 17,133 COE secara keseluruhannya, naik daripada 15,834 yang dicatat dalam suku sebelumnya, yang turut menyaksikan lonjakan dalam kuota.
Berbanding tempoh yang sama tahun lalu (Februari 2024 hingga April 2024), kuota yang akan datang adalah 16 peratus lebih tinggi.
Kuota bagi Kategori A, B, C dan E akan meningkat kira-kira 10 peratus, manakala kuota bagi Kategori D akan kekal tidak berubah.
Bidaan di bawah kuota baharu tersebut akan bermula pada 3 Februari.
Kuota COE bagi bidaan tempoh tersebut dari Mei 2025 hingga Julai 2025 akan diumumkan pada April, menurut LTA.
Kuota COE itu merangkumi komponen berikut:
LTA mengumumkan pada Oktober tahun lalu bahawa sehingga 20,000 COE tambahan akan disertakan secara bertahap-tahap dalam kesemua kategori kenderaan dari Februari, untuk "beberapa tahun seterusnya". Langkah itu dilaksanakan di tengah-tengah pelaksanaan ERP 2.0.

- 25 peratus daripada COE gantian daripada kenderaan yang dibatalkan pendaftaran dalam tempoh 12 bulan dari Januari 2024 hingga Disember 2024
- Peruntukan pertumbuhan 0.25 peratus setahun bagi Kategori C berdasarkan bilangan kenderaan Kategori C setakat 31 Disember 2024
- Pelarasan bagi perubahan dalam bilangan teksi, COE tamat tempoh, Skim Perolehan Awal bagi kenderaan komersil dan pengagihan semula daripada pembatalan pendaftaran yang dijamin untuk Kategori A, Kategori B dan Kategori D
LTA mengumumkan pada Oktober tahun lalu bahawa sehingga 20,000 COE tambahan akan disertakan secara bertahap-tahap dalam kesemua kategori kenderaan dari Februari, untuk "beberapa tahun seterusnya". Langkah itu dilaksanakan di tengah-tengah pelaksanaan ERP 2.0.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.