Skip to main content

Singapura

Kuota COE bagi Mei-Jul dinaikkan sebanyak 14.3%

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Apr 2022 06:21PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 11:14PM

SINGAPURA: Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi bulan Mei hingga Julai akan ditambah.

11,951 COE akan disediakan, berbanding hampir 10,500 antara Februari dengan April lalu, iaitu rekod terendah dalam tempoh lapan tahun.   

Dalam bidaan pertama pada 4 Mei nanti, kuasa maksimum kereta elektrik bagi Kategori A ditingkatkan dari 97 kepada 110 kilowatt.

Perubahan ini membolehkan lebih banyak klasifikasi kereta elektrik diletakkan di bawah kategori tersebut.

Ini juga sebabnya mengapa kuota COE untuk Kategori A meningkat sebanyak 15 peratus kepada 3,672.

Sebaliknya, kuota untuk Kategori B pula merosot 4 peratus kepada 3,161.

616 sijil tersedia untuk kenderaan muatan dan bas yang membentuk Kategori C, meningkat hampir 35 peratus.

Kuota untuk motosikal naik hampir 39 peratus, dengan 3,364 COE tersedia untuk motosikal.

Bagi Kategori Terbuka, kuota bertambah sebanyak 5 peratus, menjadi 1,138 daripada 1,082 untuk suku sebelumnya. 
 
Namun para pengamat berpendapat ia tidak semestinya bermakna harga COE akan mula turun.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita