Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota COE bagi Feb-Apr merosot ke paras terendah dalam 8 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Kuota COE bagi Feb-Apr merosot ke paras terendah dalam 8 tahun

Gambar fail kereta-kereta di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 07:33PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 07:33PM

SINGAPURA: Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi tempoh antara Februari hingga April tahun ini ditetapkan pada paras 10,452 - meneruskan kejatuhannya ke paras terendah dalam tempoh lapan tahun.

Kuota terkini lebih rendah daripada 10,590 yang diperuntukkan bagi tempoh dari November 2021 sehingga Januari 2022. 

Ia juga adalah yang terendah dalam masa lapan tahun sejak tempoh Februari hingga April 2014 di mana 9,127 COE diperuntukkan. 

Kadar pertumbuhan kenderaan akan dikekalkan pada angka sifar sehingga 31 Januari 2025, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Oktober tahun lalu, di tengah-tengah kekangan tanah dan keperluan bersaing, sedang jumlah kenderaan di Singapura menghampiri 1 juta. 

Namun, sebagai satu pengecualian, jumlah kenderaan muatan dan bas akan dibenarkan meningkat sebanyak 0.25 peratus setiap tahun. 

KUOTA ANTARA FEBRUARI HINGGA APRIL

Bagi tempoh antara Februari hingga April, kuota kenderaan dalam Kategori A (kereta sehingga 1,600cc dan 97kW) adalah sebanyak 3,187, lebih rendah berbanding 3,190 yang diperuntukkan pada suku sebelumnya. 

Kategori B (kereta melebihi 1,600cc dan 97kW) akan diperuntukkan kuota 3,299, turun daripada 3,521. 

Kenderaan muatan dan bas dalam Kategori C akan diperuntukkan kuota sebanyak 457, berbanding 540 pada suku lalu. 

Kuota bagi Kategori D (motosikal) juga turun daripada 2,468 kepada 2,427 pada suku ini. 

COE bagi Kategori E, yang dibuka kepada semua kenderaan kecuali motosikal, akan diperuntukkan kuota sebanyak 1,082, lebih tinggi berbanding 871 pada suku sebelumnya. 

Bidaan di bawah kuota ini akan bermula pada Isnin pertama bulan depan. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa