Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuota 407 jemaah S'pura sudah diisi sepenuhnya: MUIS

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Slot bagi menunaikan haji bagi jemaah Singapura tahun ini sudah diisi sepenuhnya pada Jumaat (13 Mei), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui satu catatan Facebook.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, kuota yang diperuntukkan untuk jemaah Singapura tahun ini adalah sebanyak 407 orang. Kuota itu kira-kira 45 peratus daripada kuota rasmi sebelum ini, iaitu sebanyak 900 orang.

Semua jemaah yang sudah mendaftar dengan agensi pelancongan haji yang dilantik oleh MUIS sudah membuat bayaran bagi pakej Haji yang dipilih.

MUIS kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menyediakan visa Haji para jemaah.

Secara keseluruhan, proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Jemaah haji berjaya mendapatkan slot haji mengikut syarat dan keperluan bagi musim Haji 2022 termasuk slot di dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS).

MUIS turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bakal jemaah haji dan agensi pelancongan Haji atas kerjasama untuk menyempurnakan proses tersebut walaupun dalam masa yang singkat.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan