Kumpulan 'Transformative Justice Collective' dikenakan POFMA kedua dalam kurang seminggu
Anggaran Waktu Membaca:
![Kumpulan 'Transformative Justice Collective' dikenakan POFMA kedua dalam kurang seminggu Kumpulan 'Transformative Justice Collective' dikenakan POFMA kedua dalam kurang seminggu](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--Eu-ueQyb--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/07/30/laptop.jpg?itok=D-_s4vbl)
Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu - kumpulan aktivis 'Transformative Justice Collective' (TJC) - yang berkempen menentang hukuman mati, dikenakan arahan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA).
Arahan pembetulan yang diberikan berkait catatan yang dimuat naik TJC di Facebook, Instagram dan X pada 6 Ogos, dedah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Ahad (11 Ogos).
Menurut MHA, catatan palsu itu menyatakan bahawa hukuman mati melibatkan dua banduan rakyat Singapura yang dijalankan pada 2 dan 7 Ogos 2024, "dijadualkan tanpa mengambil kira proses undang-undang" dan negara "menjalankan hukuman mati sewenang-wenangnya untuk memutuskan sama ada seorang individu hidup ataupun mati".
Satu rencana di laman semakan fakta pemerintah, Factually, menjelaskan tentang mengapa kedua-dua dakwaan itu tidak benar.
TJC sudah meletakkan notis pembetulan di ketiga-tiga platform media sosialnya.
Awal minggu ini, kumpulan itu dikenakan arahan POFMA atas kandungannya mengenai layanan diberikan kepada banduan yang dijatuhi hukuman mati. Notis pembetulan diletakkan di platform serupa oleh TJC.
Pada Ahad, MHA mengeluarkan arahan pembetulan ke atas LinkedIn atas catatan dibuat oleh 'Julie O'Connor" pada 6 Ogos.
Setakat pukul 3.30 petang pada Ahad (11 Ogos), LinkedIn masih belum meletakkan notis pembetulan pada catatan tersebut, yang menerima satu 'tanda suka'.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.