Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan Sokongan HPV dilancar bagi orang kelainan upaya

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan Sokongan HPV dilancar bagi orang kelainan upaya

Gambar: Facebook/ A4HPV

SINGAPURA: Rosalind Foo merupakan seorang guru di rumah. Beliau kini berusia 40-an tahun dan kurang daya penglihatan pendengaran.

Cik Rosalind mendapati bahawa ia sukar untuk beliau memahami makna Papilomavirus Manusia (HPV) apabila beliau didiagnosis positif HPV.

Beliau juga sedar akan halangan tambahan yang sering dihadapi oleh orang kurang upaya ketika mereka mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan.

Dengan keinginan untuk memecahkan hadangan-hadangan tersebut, Cik Rosalind yang juga seorang penerima Anugerah Enable Goh Chok Tong bertekad untuk menjadi suara bagi inisiatif baru, iaitu FINDr yang dilancarkan oleh HPV Alliance.

Inisiatif terbaru itu bertujuan untuk memberi sokongan kepada lelaki dan wanita yang kurang daya pendengaran dan kurang upaya lain untuk memahami cara melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada Papilomavirus Manusia (HPV).

Papilomavirus Manusia (HPV) merupakan virus yang lazimnya menjadi sebab utama barah pangkal rahim.

Meskipun pemerintah sudah melancarkan inisiatif HealthierSG, yang menyeluruh, untuk memastikan akses kepada kemudahan jagaan kesihatan yang bermutu dan berpatutan, tidak semua orang tahu bagaimana caranya untuk mengakses kemudahan tersebut. Terutama sekali golongan yang kurang daya fizikal dan psikologi atau kurang upaya lain.

Kumpulan sokongan FINDr itu terdiri daripada sukarelawan dalam kalangan karyawan jagaan kesihatan seperti doktor, jururawat, ahli psikologi dan pekerja sosial perubatan.

Mereka akan bekerjasama dengan kumpulan jagaan kesihatan dan komuniti seperti Persatuan Barah Singapura (SCS), Persatuan bagi Golongan Kurang Daya Pendengaran Singapura (SADeaf) dan kumpulan belia dan wanita daripada Persatuan Rakyat (PA).

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, K Shanmugam turut memberikan sokongan atas pelancaran inisiatif terbaru HPV Alliance.

"Saya amat berbesar hati kerana mendapat tahu bahawa sukarelawan, wanita, remaja dan pengamal perubatan sedang meningkatkan usaha untuk membantu golongan yang memerlukan seperti mereka yang kurangan pendengaran dan mereka yang didera secara fizikal dalam hal jagaan kesihatan," kata Encik Shanmugam.

"Kumpulan sokongan seperti FINDr memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti dan memberikan sokongan yang diperlukan dengan cara yang sensitif dan sulit," tambah beliau.

Inisiatif itu berharap dapat melibatkan lebih ramai rakan kongsi dan lingkungan yang lebih besar untuk menyediakan rangkaian sokongan yang lebih kukuh untuk memenuhi keperluan berebza-beza golongan kurang upaya dalam mendapat akses serta kesedaran dan pencegahan Papilomavirus Manusia (HPV).

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan