Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan sokongan beri amaran terhadap stigma dalam mesej cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan sokongan beri amaran terhadap stigma dalam mesej cacar monyet

Partikel cacar monyet. (Gambar: NIAID melalui AP)

SINGAPURA: Kumpulan-kumpulan yang menyokong masyarakat yang mungkin berisiko semasa penularan cacar monyet memberi amaran mengenai stigma terhadap para anggota mereka.

Sebarang mesej kesihatan awam sepatutnya untuk semua orang yang aktif secara seksual, kata Encik Leow Yangfa, pengarah eksekutif Oogachaga, sebuah pertubuhan yang bekerjasama dengan individu LGBTQ+.

"(Ini) tanpa mengira identiti seksual, identiti jantina dan status hubungan," jelas beliau.

Pink Dot SG merujuk kepada ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang berkata stigma boleh menjadikan penularan lebih sukar dikesan.

"Penting untuk mengingatkan bahawa sesiapa sahaja boleh menjangkiti penyakit itu. Stigma menghalang orang ramai daripada tampil menjalani ujian dan itu memberi risiko kepada kita semua, tanpa mengira orientasi seksual," kata jurucakap Pink Dot SG.

Singapura pada Selasa (26 Jul) melaporkan kes ke-10 cacar monyet, iaitu seorang lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura dan baru pulang dari Kanada baru-baru ini.

Sehari sebelum itu, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa selaras dengan saranan WHO, usaha-usaha sudah dijalankan untuk mendampingi penduduk yang "berisiko" melalui rakan-rakan jagaan kesihatan dan masyarakat. Ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran terhadap penularan virus cacar monyet dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan lanjut.

WHO yang sebelum ini menyatakan penularan itu "tertumpu dalam kalangan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama jenis, terutama sekali mereka yang memiliki beberapa pasangan seksual".

PEKERJA SEKS

Satu lagi kumpulan berisiko yang disentuh badan kesihatan PBB ialah para pekerja seks.

Project X, yang menyokong para pekerja seks di Singapura, memuat naik makluman di wadah-wadah media sosialnya seminggu lalu.

Pertubuhan itu menjelaskan bagaimana cacar monyet menular, termasuk menerusi kegiatan seksual dan kegiatan bukan seksual seperti kontak dari kulit ke kulit di konsert atau tempat yang sesak.

Project X menggesa pengikutnya supaya mengesan klien-kliennya bagi sejarah perjalanan ke negara-negara terjejas, memeriksa bagi ruam mendadak yang tidak dapat dijelaskan dan pasangan seks serta membersihkan permukaan secara tetap.

MENDAMPINGI ANGGOTA

Oogachaga dan Pink Dot juga menyatakan pihaknya sedang mendampingi para anggotanya dengan menerbitkan semula dan berkongsi maklumat di wadah-wadah media sosialnya.

Encik Leow berkata pertubuhannya mendapati mesej-mesej kesihatan awam yang dikeluarkan MOH, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Tindakan bagi AIDS sangat membantu.

Pink Dot berkongsi makluman Project X dan Tindakan bagi AIDS secara aktif dan akan terus berbuat demikian, kata jurucakapnya.

Lebih 16,000 kes cacar monyet disahkan di lebih 75 negara pada tahun ini, dengan lima kematian dilaporkan di Afrika.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan