Skip to main content

Singapura

Kumpulan sembang Telegram 'SG Nasi Lemak': 2 remaja antara 4 didakwa atas penyebaran bahan lucah

Dua lelaki dan dua remaja didakwa di mahkamah pada Selasa (15 Okt) kerana kerana terlibat menyebarkan bahan-bahan lucah dalam sebuah kumpulan sembang Telegram "SG Nasi Lemak".

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan sembang Telegram 'SG Nasi Lemak': 2 remaja antara 4 didakwa atas penyebaran bahan lucah

Gambar fail Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 15 Oct 2019 03:39PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 03:41PM

SINGAPURA: Dua lelaki dan dua remaja didakwa di mahkamah pada Selasa (15 Okt) kerana kerana terlibat menyebarkan bahan-bahan lucah dalam sebuah kumpulan sembang Telegram "SG Nasi Lemak".

Empat suspek itu diberkas di lokasi berlainan pada Isnin setelah polis menerima beberapa aduan mengenai kumpulan sembang itu antara 15 Mar dengan 3 Okt tahun ini.

Empat suspek yang diberkas itu adalah: Abdillah Sabaruddin, 17 tahun, Justin Lee Han Shi, 19 tahun, Leonard Teo Min Xuan, 26 tahun, dan Liong Tianwei, 37 tahun.

Teo dan Liong disyaki adalah pentadbir kumpulan sembang itu, manakala kedua-dua remaja berkenaan pula mengedarkan bahan-bahan lucah, menurut polis pada Selasa.

Lebih daripada 10 alat elektronik termasuk sebuah unit pemprosesan pusat, komputer riba, cakera keras dan beberapa telefon bimbit dirampas polis semasa serbuan dijalankan.

Kumpulan sembang itu yang tidak lagi boleh diakses dikatakan mempunyai puluhan ribu anggota, sesetengahnya berkongsi gambar-gambar dan video lucah wanita.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua suspek itu ditahan bagi siasatan lanjut dan akan dihadapkan di mahkamah pada 22 Okt. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita