Kumpulan sembang online ditubuhkan untuk sokong keluarga muda dengan anak kecil di Tampines
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibu bapa di Tampines dengan kanak-kanak di sekolah rendah tidak lama lagi boleh memanfaatkan satu kumpulan sembang online khas.
Ia bertindak sebagai wadah bagi mereka mengutarakan keprihatinan berhubung isu-isu keibubapaan.
Kumpulan 'chat' itu juga boleh digunakan ibu bapa untuk merancang kegiatan buat anak-anak mereka.
Kelab-kelab masyarakat di Tampines juga akan berganding bahu dengan kumpulan sosial bagi menganjurkan program pendampingan, seperti perkhemahan untuk keluarga.
Acara Taman Permainan Keluarga Persatuan Rakyat itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.
Ia diadakan di Hab Tampines Kita, iaitu tempat kedua daripada lima yang dirancangkan buat seluruh negara.
Terdapat kegiatan buat setiap lapisan masyarakat, baik untuk si cilik atau yang berjiwa muda.
Acara tersebut juga bertujuan memupuk hubungan silang generasi yang lebih kukuh.
Mengulas mengenai acara tersebut, Menteri Pembangunna Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli berkata: "Apa yang kami mahu anda lakukan di sini bukan sahaja untuk berinteraksi dengan satu sama lain, tetapi mengenali keluarga-keluarga lain, jiran tetangga anda, masyarakat anda, semua orang, mereka yang anda patut ada bersama, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama.
"Kami mahu menjadikan Tampines sebuah tempat di mana kita boleh katakan ia dibina untuk keluarga, di mana keluarga dan masyarakat lebih luas datang bersama untuk menyokong satu sama lain," tambahnya.
"Kegiatan sebegini selalunya akan mengeratkan silaturrahim keluarga. Tidak semestinya keluarga, mungkin adik-beradik ataupun jiran tetangga yang boleh kita bawa untuk kukuhkan lagi hubungan bersama," ujar Naib Pengerusi, MAEC, Kelab Masyarakat Tampines Central, Cik Hayati Rahim.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.