Skip to main content

Singapura

Kumpulan qaryah bentuk asas kukuh keharmonian dan perpaduan rakyat SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2026 07:51PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 10:48PM
SINGAPURA: Usaha-usaha kumpulan Qaryah menyatukan masyarakat membentuk asas yang kukuh bagi keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata ini lebih penting lagi di tengah-tengah pergolakan di Timur Tengah.

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa bersama sekitar 150 pemimpin dan sukarelawan Qaryah di Masjid Khalid sebentar tadi, Dr Faishal melahirkan penghargaan dan memuji usaha kumpulan tersebut.

Beliau berkata, usaha kumpulan Qaryah itu juga menjadi inspirasi bagi golongan muda untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Related article image
Sekitar 150 para pemimpin dan sukarelawan Qaryah berbuka bersama di Masjid Khalid. (Gambar: Hidir Ezat)
Berkat usaha relawan Qaryah tahun ini, 20 peratus lebih banyak ruang solat tarawih dapat disediakan di kawasan kejiranan bagi memudahkan golongan berusia serta mereka yang ada isu mobiliti untuk beribadah.

Ini sekali gus mengukuhkan semangat kejiranan dan kesatuan.

"Pada masa-masa seperti ini, usaha dari peringkat akar umbi seperti yang anda lakukan menjadi lebih bermakna. Apabila masyarakat kekal berhubung, prihatin dan berdaya tahan, kita dapat memelihara keharmonian dan kestabilan yang amat dihargai oleh Singapura.

"Usaha-usaha ini mencerminkan nilai-nilai Ramadan seperti kesyukuran, kemurahan hati dan amalan memberi serta menjadi asas kepada keharmonian antara agama dan perpaduan nasional kita," kata Dr Faishal.
Related article image
Dr Faishal mengingatkan masyarakat supaya jangan mudah terpengaruh dengan pandangan yang boleh menggugat perpaduan di Singapura. (Gambar: Hidir Ezat)
Di samping itu, Dr Faishal juga mengingatkan masyarakat supaya jangan mudah terpengaruh dengan pandangan yang boleh menggugat perpaduan di negara ini.

"Dalam landskap global yang kian tidak menentu, dengan pelbagai konflik dan ketegangan yang sedang berlaku, kita mesti terus berwaspada dan tidak terpengaruh dengan sentimen yang boleh memecahbelahkan masyarakat kita.

"Dengan semangat kerjasama, saling percaya dan hormat-menghormati antara kaum dan agama, kita mampu terus membina masyarakat yang bersatu padu dan harmoni," tambah Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/HD/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita