Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan pertama jemaah S'pura selamat pulang ke tanah air

Kumpulan pertama seramai 21 jemaah haji Singapura selamat pulang ke tanah air pada Ahad (18 Ogos) selepas selesai menjalani ibadah haji di Tanah Suci.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kumpulan pertama seramai 21 jemaah haji Singapura selamat pulang ke tanah air pada Ahad (18 Ogos) selepas selesai menjalani ibadah haji di Tanah Suci.

Perasaan gembira bercampur syukur menyambut kepulangan para jemaah dari agensi Halijah Travels yang mendarat sekitar 1.00 tengah hari tadi dengan menaiki pesawat Scoot.

Mereka turut disambut Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi.

Tahun ini seramai 900 jemaah Singapura berpeluang menunaikan ibadah haji.

"Tak pernah rasa berkumpul bersama begitu ramai jemaah dalam satu khemah dan kita tidur berapat-rapat," kata seorang jemaah, Abdul Ghani Muhammad.

"Tetapi, yang saya lihat, Alhamdulillah, ada silaturrahim dengan orang yang tidak pernah kita kenal menjadi seperti saudara."

Seorang lagi jemaah yang tiba hari ini, Azrul Aziz, berkata: "Secara keseluruhan, semuanya berjalan dengan baik, memang ada hujan di Arafah, di Mina, tetapi Alhamdulillah, khemah kami di Mina, buat rombongan Singapura, hujan dan banjir, banjirnya sedikit sahaja."

Kumpulan jemaah haji Singapura yang terakhir, juga dari agensi Halijah Travels, akan kembali ke tanah air pada 7 September.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan