Kumpulan pertama jemaah haji SG pulang; usaha dapat kuota tambahan diusahakan bersama PM Wong – Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha untuk menambah jumlah jemaah haji Singapura menjadi antara keutamaan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Menurut Dr Faishal, pelbagai langkah sedang diusahakan agar lebih ramai warga Singapura berpeluang menunaikan ibadah haji pada masa akan datang.
“Kita tahu dan dapat rasakan bahawa masyarakat kita mahukan kuota yang lebih tinggi dan peluang untuk menunaikan haji. Ini juga merupakan hasrat saya dan rakan-rakan saya, termasuk Perdana Menteri Lawrence Wong, agar lebih ramai rakyat Singapura dapat menunaikan haji. Justeru, saya akan terus bekerja keras dalam membuat pendekatan dan rayuan kepada pihak berkuasa Saudi untuk mendapatkan kuota lebih besar pada tahun-tahun mendatang,” kata Dr Faishal.
Beliau berkata demikian semasa menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Singapura di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada Jumaat (13 Jun).

Seramai 89 jemaah tiba sekitar 3.50 petang dengan menaiki pesawat Saudia disambut dengan rasa syukur dan kegembiraan oleh ahli keluarga.
Mereka merupakan kumpulan jemaah empat GSA - Shahidah Travel & Tours, TM Fouzy Travel & Tours, Hahnemann Travel & Tours, dan Hagel Travel & Tours.
Dr Faishal Ibrahim melahirkan rasa syukur atas kepulangan kumpulan tersebut.
“Saya bersyukur kerana kumpulan jemaah haji pertama Singapura lebih kurang 10 peratus telah selamat kembali. Alhamdulillah. Baki 90 peratus akan pulang secara berperingkat-peringkat dengan penerbangan terakhir dijangka pada 25 Jun nanti,” kata Dr Faishal.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kelancaran musim haji tahun ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menganjurkan musim haji yang licin dan selamat untuk 1.67 juta jemaah dari seluruh dunia. Perancangan dan operasi mereka yang lancar telah memberi impak positif dalam pengalaman jemaah haji,” tambah beliau.

BANGGA SPAO TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA
Dr Faishal turut melahirkan rasa bangga atas kejayaan Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) yang menerima Anugerah Emas Labbaitum daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap mutu perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh SPAO kepada para jemaah haji dari Singapura.
"Tahniah saya kepada Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) yang menang anugerah emas Labbaitum oleh Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saud atas kecemerlangan mutu khidmat kepada para jemaah. Kami sangat bangga atas penghormatan ini. Terima kasih kerana mengharumkan nama Singapura di pentas dunia. Syabas" kata Dr Faishal.
Dr Faishal menekankan bahawa usaha penambahbaikan akan diteruskan demi kesejahteraan jemaah.
“SPAO akan terus bekerjasama dengan AMTAS dan ejen-ejen haji yang dilantik untuk mendapatkan maklum balas dari pengalaman haji tahun ini dan membincangkan perkara-perkara yang boleh diperbaiki untuk musim haji yang akan datang,” tambahnya.
Dr Faishal turut memuji pendekatan menyeluruh SPAO dalam menguruskan perjalanan ibadah haji, termasuk aspek logistik dan kebajikan para jemaah.
“Kalau kita lihat, walaupun ini adalah aspek ibadah, SPAO telah memikirkan aspek-aspek operasi. Bagaimana melicinkan proses menunaikan haji dan meletakkan para jemaah sebagai tunggak utama,” ujarnya.
“Ini adalah permulaan yang baik dalam memikirkan dasar, koperasi dan polisi. Saya tahu SPAO akan terus bekerja keras, bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan menggunakan lebih banyak aspek teknologi untuk menyediakan ruang yang selesa dan mudah bagi jemaah kita.”
Beliau juga mengiktiraf peranan besar para sukarelawan dalam menjayakan operasi haji, khususnya dalam keadaan mencabar di tanah suci.
“Kita rasa beruntung kerana mereka yang terlibat dalam SPAO bukan sahaja pekerja sepenuh masa, tetapi juga sukarelawan, termasuk doktor dan pakar lain, yang mengambil masa untuk berkhidmat.
“Kadang-kadang ada orang sakit, ada yang memerlukan sokongan lebih. Tapi sebagai satu pasukan, mereka berjaya meningkatkan tahap kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang baik,” kata beliau.

LANGKAH-LANGKAH KESIHATAN DIPERTINGKAT
Meskipun musim haji tahun ini berlangsung dalam cuaca panas dan situasi kesihatan global yang mencabar, para jemaah Singapura berjaya menunaikan ibadah dengan lancar dan selamat.
Ustaz Hassanuddin Razali dari agensi GSA TM Fouzy, menjelaskan bahawa persiapan rapi dilakukan untuk memastikan kesihatan jemaah terjaga sebelum dan selepas kepulangan mereka..
Para jemaah juga telah diberitahu bagaimana untuk memantau kesihatan mereka, serta langkah-langkah yang perlu diambil apabila sudah tiba di Singapura.
"Kita mempunyai jururawat di sana yang akan memantau kesihatan jemaah, terutamanya selepas mereka masuk ke hotel. Di sana telah mula pantauan. Setibanya para jemaah ke Singapura, kami meminta para jemaah untuk memberi sekurang-kurangnya enam hari untuk pantauan di rumah sebelum mereka keluar. Itu merupakan langkah-langkah yang dimulakan di sana, dan diteruskan di sini" kata Ustaz Hassanuddin.
PENGALAMAN BERMAKNA BUAT PARA JEMAAH
Sistem pengurusan haji Singapura yang tersusun dan profesional turut dihargai para jemaah, terutamanya dalam membantu mereka menyesuaikan diri dengan cuaca ekstrem di Arab Saudi.
Puan Norhana binte Mustafa berkongsi pengalamannya menunaikan haji buat pertama kali.
"Di sana cuaca agak panas, sehingga suara cik juga serak-serak. Walau begitu kita perlu sentiasa sabar dan banyak minum air di sana. Alhamdulillah, layanan mereka di sana sangat baik juga," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.