Skip to main content

Singapura

Kumpulan pertama flat BTO Bidadari siap dibina, keluarga sudah mula pindah masuk

Kumpulan pertama flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di estet Bidadari, sudah siap dibina.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan pertama flat BTO Bidadari siap dibina, keluarga sudah mula pindah masuk

(Gambar: Facebook/HDB)

Diterbitkan : 27 Feb 2021 07:26AM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 07:30AM

SINGAPURA: Kumpulan pertama flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di estet Bidadari, sudah siap dibina.

Tiga projek di estet popular Bidadari itu terdiri daripada lebih 2,000 flat BTO, dengan hampir semua telah pun ditempah.

Lebih 70 peratus keluarga sudah berpindah ke rumah baru mereka di Alkaff Vista dan Alkaff LakeView, kata HDB pada Jumaat (26 Februari.

Di Alkaff CourtView pula,
di mana kerja-kerja membangunkan ruang masyarakat masih dijalankan, sekitar 50 peratus keluarga juga sudah berpindah masuk ke rumah baru mereka.

Menurut HDB kesemua 12 projek pembangunan perumahan awam di estet Bidadari seluas 93 hektar itu sudah dilancarkan.

Tiga projek terakhir Bartley GreenRise, ParkEdge @ Bidadari dan Alkaff Breeze dijadual dilancarkan pada bulan ini. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita