Kumpulan perniagaan SG beri amaran mengenai 'kerumitan', lebih banyak kesesakan trafik jika firma diharamkan angkut pekerja guna lori
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak kesesakan di jalan raya mahupun dalam pengangkutan awam.
Demikian gambaran yang diberikan para pemilik perniagaan di Singapura, sekiranya lori diharamkan sebagai satu cara untuk mengangkut pekerja.
Dalam satu kenyataan bersama, sekitar 18,000 syarikat tempatan sebaliknya mahukan "huraian pragmatik".
Ini akan mengelakkan daripada "gangguan yang tidak wajar" seperti projek-projek yang tergendala.
berikutan penguatkasaan langkah melarang penggunaan lori sedemikian, seperti garis masa projek yang tertunda.
Ang Yuit, Naib Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) berkata: "Mungkin ia sebenarnya adalah meningkatkan keselamatan para pekerja di atas lori, daripada mengharamkan mereka untuk duduk di atas lori. Jadi saya fikir kami perlu fikir mengenainya. Kerana kami pada dasarnya, perlu memahami apa yang dibenarkan ekonomi itu untuk maju dan anda akan mula menghambatnya - anda akan mempunyai masalah, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat."
Pertubuhan-pertubuhan tempatan telah menggesa agar langkah mengharamkan pengangkutan pekerja menggunakan lori dikuatkuasakan berikutan dua kemalangan bulan lalu, yang menyebabkan seramai 37 orang cedera, termasuk pekerja hijrahan.
Dalam kenyataan mereka, para majikan menyatakan mereka komited untuk menegakkan keselamatan pekerja.
Namun, larangan tersebut adalah "perkara yang sangat membimbangkan".
Mereka menekankan akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa, kesatuan buruh dan pakar keselamatan untuk mengemukakan huraian baharu.
Beberapa Anggota Parlimen malah, dijangka membangkitkan isu tersebut di sidang parlimen esok (2 Ogos).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.