Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan pendapatan 20% paling rendah alami kenaikan kos tertinggi meski inflasi mereda pada 2024

Kadar inflasi keseluruhan Singapura mereda kepada 2.4 peratus pada tahun lalu, namun isi rumah dengan pendapatan paling rendah mengalami kenaikan kadar inflasi tertinggi sebanyak 2.7 peratus, dipacu oleh kos yang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan pendapatan 20% paling rendah alami kenaikan kos tertinggi meski inflasi mereda pada 2024

Flat sewa di Singapura. (Gambar fail: MCI)

Diterbitkan : 23 Jan 2025 06:47PM Dikemas Kini : 23 Jan 2025 06:54PM
SINGAPURA: Kadar inflasi keseluruhan Singapura mereda kepada 2.4 peratus pada tahun lalu, namun isi rumah dengan pendapatan paling rendah mengalami kenaikan kadar inflasi tertinggi sebanyak 2.7 peratus, dipacu oleh kos yang meningkat.

Menurut perangkaan yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik (SingStat) pada Khamis (23 Jan), indeks harga pengguna (CPI) - bagi semua barangan keperluan meningkat sebanyak 2.4 peratus. Ia meningkat lebih perlahan berbanding kenaikan 4.8 peratus pada 2023.

Penyumbang utama kepada inflasi pada 2024 adalah harga penginapan, makanan, khidmat hospital dan luar pesakit serta perbelanjaan percutian dan tambang bas dan kereta api yang lebih tinggi.

Harga bagi khidmat pengangkutan lain - termasuk harga tiket penerbangan dan khidmat berpindah - pula merosot, menurut SingStat.

Kumpulan pendapatan isi rumah adalah berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah daripada semua sumber, termasuk sewa daripada penginapan yang didiami oleh pemilik.

Inflasi untuk kumpulan pendapatan 20 peratus paling rendah meningkat sebanyak 2.7 peratus.

Kumpulan 60 peratus pertengahan serta kumpulan pendapatan 20 peratus teratas pula masing-masing meningkat sebanyak 2.5 peratus dan 2.1 peratus.

Beberapa faktor yang memacu inflasi termasuk harga makanan, khidmat hospital dan luar pesakit serta tambang pengangkutan awam yang lebih tinggi, tidak mempunyai kesan ketara terhadap kumpulan berpendapatan 20 peratus teratas kerana ia membentuk jumlah kecil daripada keseluruhan perbelanjaan kumpulan itu, jika dibandingkan dengan lagi dua kumpulan tersebut.

Sementara itu, kumpulan pendapatan 20 peratus teratas membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka terhadap kereta.

Ini bermakna harga kenderaan yang lebih rendah mempunyai kesan peredaan lebih besar terhadap kadar inflasi yang dihadapi.

Tidak termasuk harga sewa bagi penginapan yang didiami pemilik, kadar inflasi bagi kumpulan pendapatan 20 peratus paling rendah, 60 peratus pertengahan dan kumpulan pendapatan 20 peratus teratas masing-masing meningkat sebanyak 2.6 peratus, 2.4 peratus dan 2 peratus pada tahun lalu berbanding setahun sebelumnya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan