Kumpulan masyarakat, agensi pemerintah tingkatkan inisiatif bantu bapa tunggal
Lebih banyak inisiatif sedang diusahakan kumpulan masyarakat dan agensi-agensi pemerintah demi membantu golongan bapa tunggal mengharungi cabaran keibubapaan.
SINGAPURA: Lebih banyak inisiatif sedang diusahakan kumpulan masyarakat dan agensi-agensi pemerintah demi membantu golongan bapa tunggal mengharungi cabaran keibubapaan.
Dalam satu sesi maklum balas bersama Perikatan bagi Tindakan Memperkukuhkan Hubungan Perkahwinan dan Keluarga, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), golongan bapa tunggal juga menimbulkan keprihatinan lain seperti kekurangan sokongan dan maklumat.
Bagi bapa tunggal Joachim Goh, masa bersama anak perempuannya amat berharga meskipun ia sekadar menghantar dan menjemputnya dari sekolah.
Di bawah persetujuan dengan bekas isterinya, Encik Goh menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Beliau juga dapat meluangkan masa setiap hari selama dua jam bersama anaknya itu.
"Anak perempuan saya selalu bertanya, mengapa ayah dan ibu tidak tinggal bersama lagi? Sukar untuk saya menjelaskan kepadanya yang walaupun kami ada perbezaan, kami masih sayangkannya," kata beliau dengan nada yang sebak.
Mujur bapa tunggal seperti Encik Goh boleh mendapatkan bantuan daripada pertubuhan seperti pusat kebapaan yang mengendalikan program dan bengkel untuk menyediakan sokongan yang diperlukan.
Pusat itu juga sedang meneroka kemungkinan mendapatkan sukarelawan untuk menawarkan khidmat menjaga anak.
Satu sistem yang sama juga sedang diusahakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
MSF juga sedang meningkatkan laman web SPIN kendaliannya bagi memudahkan akses kepada ibu bapa tunggal untuk mendapatkan maklumat dan sumber bagi membantu mereka dalam perjalanan keibubapaan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.