Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan khidmat sosial SG hadapi cabaran kesan, tangani kes penderaan kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Beberapa agensi khidmat sosial di Singapura menyaksikan kenaikan hampir 50 peratus dalam jumlah kes penderaan kewangan sejak tiga tahun lalu.

Kejadian sedemikian semakin sukar untuk dikesan dan lebih sukar untuk didedahkan, sedang takrifan penderaan kewangan berbeza bagi setiap kes, dedah mereka kepada Mediacorp.

“Penderaan kewangan merupakan isu yang baru muncul, dan MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) bimbang dengan potensi kesan negatifnya terhadap mangsa yang terselamat dan masyarakat yang lebih luas,” kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli dalam jawapan bertulis parlimen bulan lalu.

Beliau menjelaskan pesalah biasanya merupakan anggota keluarga terdekat mangsa.

Beberapa kes melibatkan anak-anak dalam kalangan dewasa yang memaksa ibu bapa mereka untuk menjual aset demi meraih keuntungan, dan mengeluarkan wang dari akaun bank ibu bapa tanpa pengetahuan mereka, kata Encik Masagos.

"Sejumlah kes juga didakwa menggunakan keganasan, yang menyebabkan kecederaan fizikal atau tekanan kepada mangsa," tambahnya.

SUKAR UNTUK KENAL PASTI

Seorang bekas mangsa penderaan kewangan yang ingin dikenali sebagai Bayu, memberitahu Mediacorp bahawa bekas suaminya tidak membenarkannya bekerja, dan hanya akan memberinya elaun untuk membantu anak-anak mereka.

Wang peribadi dan keluarganya dikawalnya, tambah Bayu.

Pasangan tersebut, yang bernikah pada 2005, memohon cerai pada 2016 dan prosiding dimuktamadkan pada 2019.

Kes penderaan wang seperti itu merupakan perkara biasa, kata Cik Lorraine Lim, timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pertubuhan Wanita Singapura.

“Ia sukar untuk dikenal pasti, kerana penyelewengan wang kadangkala tidak melibatkan penderaan fizikal, jadi mereka mungkin tidak menganggap diri mereka didera.”

PELBAGAI PENGALAMAN PENDERAAN

Menambah kepada masalah tersebut adalah kumpulan usia yang berbeza juga mengalami penyelewengan wang dengan cara berlainan.

Warga emas, sebagai contoh, mungkin berdepan keadaan di mana anak-anak mereka yang sudah dewasa mengeluarkan wang daripada akaun bank ibu bapa mereka tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka.

Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, Perkhidmatan Perlindungan Dewasa MSF menyiasat lima hingga 18 kes setahun, yang melibatkan dakwaan penderaan kewangan, kata Encik Masagos dalam jawapan bertulis parlimennya pada 6 Februari, untuk menjawab soalan daripada Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Jamus Lim.


Beliau menggesa mereka yang menghadapi keganasan rumah tangga, termasuk penderaan kewangan, untuk mendapatkan bantuan daripada Pusat Khidmat Keluarga atau menghubungi Talian Bantuan Anti-Keganasan dan Gangguan Seksual Kebangsaan.

Agensi perkhidmatan sosial memberitahu Mediacorp bahawa lebih banyak harus dilakukan, untuk meningkatkan pendidikan kewangan bagi mangsa yang diselamatkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan