Skip to main content

Singapura

Kumpulan Kesihatan Mental PAP bincang cara majukan kesihatan mental di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2024 07:41PM Dikemas Kini : 11 Oct 2024 12:27AM
SINGAPURA: Sempena Hari Kesihatan Mental Dunia pada Khamis (10 Okt), sebuah kumpulan baharu yang dibentuk PAP berkumpul bersama-sama kumpulan masyarakat, para penyokong dan individu untuk membincangkan cara memajukan kesihatan mental di Singapura.

Kumpulan Kesihatan Mental PAP yang baharu dibentuk itu mahu menjadikan kesihatan mental sebagaui satu keutamaan negara.

Lebih 100 peserta hadir di perbincangan yang diadakan pada Khamis.

Antara isu yang dibicangkan adalah hambatan kepada usaha mendorong masyarakat mendakap kesihatan mental, serta bagaimana untuk mengukuhkan inisiatif bagi meningkatkan ekosistem kesihatan mental sedia ada.

Turut hadir, 13 rakan kongsi masyarakat yang membentuk batu asas kumpulan kerja tersebut.

Mereka akan menerajui pelbagai acara serta usaha pendampingan, selain membantu memperhalusi dan menerapkan inisiatif kesihatan mental di setiap kejiranan.

Pengerusi Kumpulan Kesihatan Mentap PAP serta AP bagi GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah berkata: "Adalah penting untuk kita mengadakan pelbagai majlis ilmu di mana kita dapat memberi mereka lebih pengetahuan tentang kesihatan mental dan bagaimana mereka boleh menolong satu sama lain.

"Jadi harapan saya ialah bukan hanya kita ada dialog dan diskusi sahaja, tetapi kita perlu ada satu lingkungan, satu rangkaian di mana kita boleh menolong satu sama lain."
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita