Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan Kesihatan Mental dianggotai 10 AP PAP

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Oct 2024 07:30PM Dikemas Kini : 05 Oct 2024 09:56PM
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan sebuah Kumpulan Kesihatan Mental yang dianggotai 10 Anggota Parlimennya (AP).

Kumpulan itu mahu satu perubahan dasar dilakukan agar lebih banyak akses diwujudkan kepada khidmat-khidmat kesihatan mental.

Contohnya, menurunkan usia minimum bagi belia mendapatkan bantuan kepada 18 tahun dan meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental.

Kumpulan itu diterajui oleh pengerusi bersama Dr Janil Puthucheary, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Rachel Ong.

"Isu kesihatan mental bukanlah isu sebuah parti atau bukan parti. Ia isu yang dekat dengan hati kita semua, dan itulah sebabnya, kami tidak boleh mengehadkan kepada usaha pemulihan, menangani isu kesihatan mental yang timbul dan sebagainya," kata Penolong Setiausaha Agung, PAP, Chan Chun Sing.

"Tetapi menanganinya dari pucuk, di mana kami harap untuk capai," tambanhya.

"Jadi hari ini kita telah memperkenalkan suatu kumpulan di mana kita akan ada panel daripada professional dari sektor kesihatan mental," kata AP, GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

"Kita harap dapat menjadikan mereka penasihat untuk kami, di mana kita boleh dapat maklumat yang benar tentang kesihatan mental dan bagaimana kita boleh gunakan maklumat ini untuk masyarakat kita.

"Sebagai contoh, kita mahu tahu apakah isu-isu yang mendalam tentang masyarakat Melayu/Islam kita atau anak muda kita. Kita boleh dapat nasihat itu daripada mereka," tambahnya.
 
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan