Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan kerja tiga pihak setuju luaskan gaji progresif ke sektor khidmat makanan, runcit

Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Lebih Rendah akan membangunkan saranan untuk model gaji progresif bagi sektor runcit dan khidmat makanan, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di Parlimen pada Rabu (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2021 03:50PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 09:05PM

SINGAPURA: Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Lebih Rendah akan membangunkan saranan untuk model gaji progresif bagi sektor runcit dan khidmat makanan, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di Parlimen pada Rabu (3 Mac).

Ini setelah beliau mendedahkan pada Februari bahawa Pemerintah sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan model tersebut ke kedua-dua industri itu.

Dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalannya, Encik Zaqy, yang mengetuai kumpulan kerja itu, berkata bahawa model-model itu boleh meliputi hingga 80,000 pekerja. Kumpulan kerja itu akan mengemukakan cadangan mereka mengenai garis masa dan pelaksanaannya kepada Pemerintah pada hujung tahun ini.

Sekarang ini, model gaji progresif sedia ada merangkumi industri pembersihan, keselamatan dan landskap meliputi 85,000 pekerja.

“Kumpulan kerja itu juga mengiktiraf aspirasi NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan) untuk PWM dilaksanakan dalam dua hingga tiga tahun akan datang," kata Encik Zaqy.

Model gaji progresif adalah dasar yang direka untuk meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah dengan meningkatkan kemahiran dan daya penghasilan mereka. Skim itu bermula pada 2015.

Model gaji progresif itu juga akan berkuat kuasa dalam sektor penyenggaraan lif dan tangga bergerak tahun depan, dan seterusnya akan dilaksanakan bagi sektor pengurusan sisa.

Kumpulan kerja itu juga akan memperluas model gaji progresif kepada pekerja pembersihan, keselamatan dan landskap, meliputi lagi 50,000 pekerja.

Secara berasingan, Pemerintah akan melancarkan Perikatan untuk Tindakan (AfA) menyasarkan pekerja bergaji rendah, kata Encik Zaqy.

Kumpulan ini akan menyatukan pihak-pihak berkepentingan masyarakat yang berminat untuk memulakan projek masyarakat bagi memperbaiki kehidupan pekerja bergaji rendah, seperti kempen untuk menghargai pekerja bergaji rendah dan daya usaha untuk meningkatkan sekitaran kerja mereka, kata Kementerian Tenaga Kerja (MOM) dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Kami akan melancarkan AfA tidak lama lagi dan menjalankan bengkel penciptaan bersama untuk anggota AfA dalam enam bulan akan datang untuk memulakan inisiatif masyarakat ini," kata Encik Zaqy.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan