Skip to main content

Singapura

Kumpulan kerja ditubuh bagi perkukuh kejururawatan jagaan jangka panjang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2026 11:32PM Dikemas Kini : 27 Jul 2026 11:58AM
  • Sektor jagaan jangka panjang Singapura akan diperkukuh melalui penubuhan kumpulan kerja yang melibatkan ketua jururawat dari pelbagai institusi.
  • Kumpulan ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan piawai profesional jururawat bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin menua.
  • Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menekankan peranan penting jururawat dalam membentuk masa depan jagaan kesihatan negara.
  • Seramai 151 jururawat menerima Anugerah Merit Jururawat sebagai pengiktirafan atas dedikasi mereka dalam penjagaan pesakit.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sektor jagaan jangka panjang di Singapura akan menerima rangsangan, dengan penubuhan sebuah kumpulan kerja bagi meningkatkan tahap kecekapan dan piawai profesional para jururawat.

Ia terdiri daripada ketua-ketua jururawat dari rumah jagaan serta hospital masyarakat dan hospital akut bagi memacu pembangunan kemahiran dalam sektor jagaan pada jangka panjang.

Kumpulan kerja itu ditubuhkan sedang Singapura bersiap sedia bagi permintaan lebih tinggi sedang penduduk semakin menua.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata: "masa depan jagaan kesihatan di Singapura akan dibentuk oleh masa depan kejururawatan di Singapura.

Kejayaan perjalanan transformasi ini pada akhirnya akan bergantung bukan sahaja kepada dasar-dasar atau program-program mahupun kursus-kursus latihan, tetapi lebih kepada individu, kepada jururawat yang bersedia untuk mengalas peranan baharu, membangunkan keupayaan baharu, mempelajari kemahiran baharu dan menerajui perubahan di lapangan.

Encik Ong berkata demikian di satu acara,
di mana seramai 151 jururawat diberikan salah satu pengiktirafan tertinggi dalam bidang kerjaya tersebut - iaitu Anugerah Merit Jururawat.

Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada jururawat merentasi sistem jagaan kesihatan, yang menunjukkan dedikasi cemerlang dalam jagaan pesakit.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita