Skip to main content

Singapura

Kumpulan kerja baru tangani penggunaan barang pakai buang berlebihan

Orang ramai akan menerajui usaha meninjau pelbagai cara untuk menangani penggunaan barangan pakai buang, di bawah kumpulan kerja baru yang dibentuk September lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jun 2020 10:16PM Dikemas Kini : 15 Jun 2020 11:04PM

SINGAPURA: Orang ramai akan menerajui usaha meninjau pelbagai cara untuk menangani penggunaan barangan pakai buang, di bawah kumpulan kerja baru yang dibentuk September lalu.

Ia merupakan sebahagian usaha pemerintah untuk menghasilkan huraian dengan rakyat Singapura, untuk menjadikan negara ini lebih mampan.

Tahun lalu, barangan pakai buang merangkumi sekitar 10 peratus jumlah sisa buangan domestik di negara ini.

Dan kini orang ramai diajak menghasilkan idea-idea dan huraian yang akan dipertimbangkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bersama Kementerian Sekitaran dan Sumber Air.

Idea-idea yang munasabah akan diuji dan dijalankan secara perintis.

Akibat langkah-langkah jaga jarak selamat, semua perbincangan akan dijalankan secara online, menerusi sembilan sesi setengah hari.

Permohonannya dibuka mulai hari ini dan bakal ditutup pada 19 Julai. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita