Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan kerja baru kaji cara tingkatkan gaji pekerja bergaji rendah: Ng Chee Meng

Sebuah kumpulan kerja baru tiga pihak melibatkan Pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan akan dibentuk untuk mengkaji cara-cara menambah gaji pekerja bergaji rendah sambil meningkatkan daya penghasilan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan kerja baru kaji cara tingkatkan gaji pekerja bergaji rendah: Ng Chee Meng

(Gambar: Facebook/Ng Chee Meng)

Diterbitkan : 11 Oct 2020 10:06PM Dikemas Kini : 11 Oct 2020 10:11PM

SINGAPURA: Sebuah kumpulan kerja baru tiga pihak melibatkan Pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan akan dibentuk untuk mengkaji cara-cara menambah gaji pekerja bergaji rendah sambil meningkatkan daya penghasilan. Ini termasuk meneliti bagaimana Singapura dapat memperluaskan model gaji progresif.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (11 Okt) Ketua buruh Ng Chee Meng berkata Kumpulan Kerja Kerjasama Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah itu akan membolehkan rakan kerja tiga pihak untuk melaksanakan model gaji progresif secara bertahap-tahap ke lebih banyak sektor.

Model tersebut, yang menambah gaji menerusi peningkatan kemahiran dan daya penghasilan, sudah memanfaatkan hampir 80,000 pekerja dalam industri pembersihan, landskap dan keselamatan.

Bagi sektor-sektor yang mana pelaksanaan model itu lebih mencabar, pendekatan lain seperti penanda aras gaji mengikut sektor atau pekerjaan boleh dikaji, tambah Encik Ng.

Rancangan tersebut diumumkan setelah Encik Ng bertemu dengan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo bersama presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Robert Yap hari ini (11 Okt).

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat sebelum ini menarik perhatian bahawa usaha sedemikian akan lebih bermanfaat untuk pekerja bergaji rendah terutamanya dalam keadaan pandemik COVID-19.

Cik Teo pula menekankan pemerintah akan melindungi keupayaan pekerja untuk terus mendapat kerja sedang pihaknya meneliti peluasan pelaksanaan model gaji progresif.

Tujuannya, tambah beliau, adalah untuk memperbaharui kata sepakat tentang apakah hala tuju terbaik bagi kedua-dua pekerja dan perniagaan.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan