Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan Kerja baru bincang usaha pelihara warisan Akademi Polis Lama

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan Kerja baru bincang usaha pelihara warisan Akademi Polis Lama

(Gambar: Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim/Facebook)

Diterbitkan : 26 Jan 2022 01:30PM Dikemas Kini : 26 Jan 2022 01:33PM

SINGAPURA: Sebuah kumpulan kerja baru ditubuhkan bagi membincangkan bagaimana warisan kaya Akademi Polis Lama (OPA) boleh dipelihara dan dipulihara seterusnya selain menggabungkan ciri-cirinya dalam estet perumahan baru di kawasan Mount Pleasant.

Kumpulan kerja tersebut diterajui bersama oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), dedah Menteri Negara Pembangunan Negara Faishal Ibrahim hari ini (26 Jan).

Pada November tahun lalu, pihak berkuasa mengumumkan sebuah estet perumahan awam baru akan dibina di Mount Pleasant - kawasan di mana OPA ditempatkan dan banglo-banglo hitam putih dari zaman sebelum perang - bagi memenuhi permintaan kukuh untuk perumahan.

"Hari ini, Kumpulan Kerja itu mengadakan mesyuarat pertamanya di mana anggota kami - terdiri daripada fraterniti polis dan pakar warisan - berkongsi pandangan masing-masing berhubung kepentingan OPA selain meneroka idea mengenai ciri-ciri warisan yang boleh dikekalkan di estet baru tersebut seperti aspek kolam renang dan 'Old Drill Shed'," kata Dr Faishal dalam catatan Facebooknya.

Bagi menilai kepentingan bangunan serta ruang di akademi tersebut, terang Dr Faishal, agensi-agensi pemerintah menjalankan usaha pendampingan meluas dengan pihak-pihak berkepentingan yang relevan, di samping melancarkan kajian bebas terhadap warisan tersebut secara terperinci.

"OPA mempunyai tempat yang istimewa bukan sahaja dalam lipatan sejarah negara kita, tetapi juga bermakna buat kaum lelaki dan wanita yang menggunakan tapak tersebut," ujar Dr Faishal, yang juga Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri.

Menurut beliau, empat bangunan OPA serta sebahagian daripada dataran kawadnya akan dikekalkan dan disesuaikan secara bermakna bagi kegunaan kontemporari yang baru.

Dr Faishal menambah kumpulan kerja berkenaan akan mencipta bersama-sama huraian berdaya maju yang membolehkan pihak berkuasa untuk merakamkan OPA secara terbaik dan meraikan sejarah kaya akademi itu dengan menerapkan ciri-ciri tertentu dalam reka bentuk estet baru tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan