Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan jagaan kesihatan pergiat usaha pastikan kakitangan terima vaksin bivalen

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2022 09:04PM Dikemas Kini : 27 Oct 2022 09:09PM
SINGAPURA: Kumpulan jagaan kesihatan sedang mempergiatkan usaha bagi memastikan kakitangan masing-masing mendapatkan vaksin bivalen COVID-19 yang terkini.

Ini sedang mereka cuba mengekalkan jumlah tenaga manusia demi memenuhi beban pesakit yang meningkat.

Antara langkah diambil adalah mengaturkan waktu bertugas kakitangan jagaan kesihatan dengan teliti.

Ini supaya semua kakitangan boleh mendapatkan suntikan penggalak bivalen tanpa menjejas operasi.

Kumpulan jagaan kesihatan awam, Singhealth, menyatakan ia bertujuan untuk mengekalkan jumlah kakitangan demi penjagaan pesakit.

Kumpulan tersebut tidak menawarkan vaksin bivalen di institusinya, dan kakitangan boleh mendapatkan suntikan tersebut di pusat-pusat vaksinasi.

Bagi Thomson Medical pula, kumpulan itu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memperolehi vaksin bivalen supaya dapat diberikan kepada kakitangannya di tempat bertugas.

Sesi vaksinasi akan diadakan secara berkumpulan supaya operasi klinik tidak terjejas.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan