Kumpulan hak pekerja hijrahan SG gesa garis masa haramkan pekerja diangkut lori
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Kumpulan-kumpulan hak pekerja hijrahan menggesa pemerintah untuk membentangkan garis masa untuk mengharamkan pengunaan lori untuk mengangkut pekerja berikutan dua kemalangan minggu lalu.
"Meskipun kami menghargai usaha-usaha dari pemerintah untuk memperbaiki keselamatan para pekerja ketika menaiki pengangkutan, kejadian baru-baru ini menandakan risiko berbahaya yang berterusan disebabkan pengangkutan yang dinaiki pekerja," menurut satu kenyataan dimeterai 47 pertubuhan dan orang awam, yang dikeluarkan pada Isnin (24 Mac).
"Kami menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mempertimbangkan keselamatan pekerja di jalan raya dan menyediakan garis masa bagi pengharaman amalan tidak selamat ini pada masa hadapan," sambung kenyataan itu, yang menambah bahawa ia harus dilakukan dengan menghapuskan pengecualian dalam Akta Lalu Lintas Jalan Raya di mana ia membenarkan pekerja untuk menaiki lori.
Pertubuhan termasuk ItsRainingRaincoats, Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Penghijrahan (HOME), dan HealthServe, memeterai kenyataan itu, serta mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Anthea Ong dan Kok Heng Leun.

BACA: 26 lelaki dikejarkan ke hospital berikutan nahas libatkan 3 lori di KJE
BACA: 11 orang dikejarkan ke hospital susuli nahas kenderaan di KPE
Isu tentang pekerja hijrahan yang berulang-alik ke tapak kerja menggunakan lori merupakan masalah yang berterusan dikemukakan di parlimen seawal 2010.
Sejak Januari tahun ini, pelindung hujan wajib dipasang pada lori berdaftar, dan majikan dikehendaki memberi tempoh berehat 30 minit kepada pekerja yang sudah bertugas sekurang-kurangnya enam jam sebelum mereka memandu.
"PEKERJA LAYAK DIANGKUT DENGAN SELAMAT"
Kenyataan bersama pada Isnin menyatakan langkah-langkah sedia ada "tidak mencukupi".
"Meskipun langkah-langkah tersebut adalah kukuh untuk bergerak ke hadapan dan menangani kebimbangan yang berlaku, ia tidak menangani punca masalah kemalangan ini, iaitu cara pekerja diangkut lori yang tidak selamat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menggesa Kementerian Pengangkutan untuk menyediakan garis masa langkah-langkah usaha untuk menghapuskan undang-undang yang membenarkan pekerja menaiki lori dan garis masa bagi tempoh di mana pekerja dibenarkan menaiki kenderaan yang mempunyai tempat duduk serta tali pinggang keledar, supaya dapat diangkut dengan selamat.
Pada awal bulan ini, Anggota Parlimen (AP) Louis Ng (PAP-Nee Soon) mengemukakan usul penangguhan tentang masalah tersebut.
Sebagai tindak balas, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor berkata angka kecederaan dan kematian sudah merosot, namun kementerian itu berhasrat untuk melakukan lebih banyak usaha dengan cara lebih baik.
Cik Khor turut menarik perhatian tentang cabaran-cabaran seperti kekurang bas privet dan pemandu bas sambil menambah syarat menggunakan bas untuk mengangkut para pekerja mungkin memburukkan lagi keadaan kekurangan kakitangan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.