Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan hak asasi manusia M'sia fail saman terhadap Shanmugam berhubung arahan pembetulan

Sebuah kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia, yang menuduh Penjara Changi menjalankan hukuman mati secara kejam telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Menteri Ehwal Luar Singapura, K Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan hak asasi manusia M'sia fail saman terhadap Shanmugam berhubung arahan pembetulan

(Gambar: D Kanyakumari)

Diterbitkan : 24 Jan 2020 02:52PM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 02:57PM

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia, yang menuduh Penjara Changi menjalankan hukuman mati secara kejam telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Menteri Ehwal Luar Singapura, K Shanmugam selepas satu arahan pembetulan dikeluarkan oleh Pejabat POFMA (Akta Perlindungan dari Kepalsuan dan Manipulasi Online).

Saman sivil itu yang difailkan pada Jumaat (24 Jan), memohon perisytiharan dari Mahkamah Tinggi bahawa Encik Shanmugam tidak boleh mengambil tindakan terhadap Lawyers of Liberty (LFL) di Malaysia di bawah POFMA.

Saman itu difailkan oleh LFL, pengarah kumpulan itu Melissa Sasidaran dan penasihat LFL, N Surendran.

Encik Gurdial Singh Nijar, yang juga antara peguam yang mewakili kumpulan itu menegaskan bahawa Singapura tidak boleh dengan mudah menggunakan undang-undang itu ke atas rakyat Malaysia.

Beliau mengambil perhatian bahawa jika LFL tidak mengeluarkan notis pembetulan, ia mungkin menghadapi hukuman penjara di bawah POFMA.

Pada 16 Jan, LFL mengeluarkan satu kenyataan media yang mendakwa Penjara Changi Singapura melaksanakan hukuman gantung secara kejam.

Satu arahan pembetulan dikeluarkan kepada kumpulan itu oleh pejabat POFMA, bersama tiga pihak lain kerana membuat dakwaan-dakwaan itu.

Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan pada Rabu bahawa hukuman gantung dilaksanakan di bawah pematuhan undang-undang yang ketat.

LFL menyatakan ia tidak akan mematuhi arahan pembetulan itu sambil menegaskan dakwaannya bahawa para banduan yang menghadapi hukuman mati di Penjara Changi dihukum secara kejam.

MENYEKAT LAMAN SATU KEPUTUSAN MENGECEWAKAN, KATA LFL

Pada Khamis, Penguasa Pembangunan Infokom Media diarahkan untuk mengeluarkan arahan sekatan akses bagi laman LFL.

Arahan itu bermakna, penyedia khidmat akses Internet perlu menyekat akses para pengguna di Singapura ke laman LFL.

Encik Surendran berkata pada Jumaat bahawa ia adalah satu keputusan yang "mengecewakan". 

Sumber : CNA/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan