Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan gereja minta Seksyen 377A dikekalkan, menggelarnya 'penanda bagi banyak pertimbangan sosial dan moral'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Rangkaian gereja, pertubuhan Kristian dan paderi, The Alliance of Pentecostal and Charismatic Churches of Singapore (APCCS) memberi amaran terhadap pemansuhan Seksyen 377A, yang dilihatnya sebagai "penanda bagi banyak pertimbangan sosial dan moral". Pemansuhan seksyen itu tegasnya akan membawa kepada aktivisme agresif oleh kumpulan LGBT.

Dalam satu kenyataan kepada media pada Jumaat (19 Ogos), pakatan itu berkata ia menolak sebarang langkah untuk menjadikan hubungan homoseksual sesuatu yang normal dan "mengecam percubaan untuk meremehkan norma Singapura mengenai perkahwinan dan keluarga".

“Dengan memansuhkan Seksyen 377A tanpa meletakkan larangan yang sama wajar akan mempunyai kesan meningkatkan keyakinan aktivis gay kerana ia mengalihkan homoseksual daripada larangan kepada kebenaran,” katanya.

Ia menjangkakan "pemansuhan S377A tanpa syarat akan memudahkan kemajuan jenama aktivisme LGBT yang tidak bertoleransi dan agresif, yang berusaha untuk memaksa ideologinya ke atas masyarakat Singapura".

"Jika dilakukan secara berasingan, kesan negatif sosial yang meluas tidak dapat dielakkan - daripada menetapkan semula norma hubungan seksual yang boleh diterima, kepada kesan ke atas budaya kita dan diraikan dalam sistem pendidikan kita, media kita dan kehidupan awam," tambahnya.

Kenyataan itu dikeluarkan kerana kumpulan tersebut - yang mewakili pelbagai gereja, pertubuhan Kristian dan paderi - berkata "menteri pemerintah dan pasukan kakitangan mereka" telah menjalankan rundingan berterusan untuk melibatkan pakatan itu dan lain-lain pertubuhan mengenai pandangan mereka terhadap Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai jenyah.

Baru bulan lepas pada 23 Julai, sekitar 1,200 orang menghadiri perhimpunan dipanggil Protect Singapore Townhall, yang menurut penganjurnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan aktivisme LGBTQ+ serta membincangkan cara melindungi perkahwinan, keluarga dan anak sedang Pemerintah mempertimbangkan sama ada untuk memansuhkan Seksyen 377A.

Menteri Undang-undang merangkap Hal Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, seminggu selepas perhimpunan itu berkata Pemerintah sedang mempertimbangkan cara untuk melindungi kedudukan undang-undang sedia ada mengenai perkahwinan daripada dicabar di mahkamah, selepas menerima maklum balas bahawa kebanyakan orang mahu kedudukan sekarang mengenai perkahwinan dikekalkan.

Pada Jumaat, APCCS menyatakan Seksyen 377A harus dikekalkan kecuali "perlindungan yang mencukupi berhubung soal sosial digubal, dan terdapat keyakinan bahawa kehidupan awam akan dilindungi daripada aktivisme LGBT yang berusaha untuk menjadikan hubungan homoseksual sesuatu yang normal dalam budaya kita".

Perikatan itu juga menegaskan bahawa perlindungan perlembagaan berhubung perkahwinan tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi.

Pada masa ini, penakrifan undang-undang berhubung perkahwinan terdapat dalam Piagam Wanita dan tambahan dengan Akta Tafsiran.

"Kami sahkan usaha pemerintah untuk melindungi perkahwinan dan menggesa bahawa jalan terbaik ke hadapan adalah untuk mengukuhkan definisi perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam Perlembagaan Singapura," kata kumpulan itu.

"Perlindungan yang tidak mencukupi akan menyebabkan perkahwinan terdedah kepada kegigihan aktivis untuk mentakrifkan semula perkahwinan."
Kumpulan agama lain juga telah memberitahu Mediacorp bahawa perkahwinan antara lelaki dan wanita harus dipelihara.

Sebelum kenyataan APCCS itu, Gereja Roman Katolik di sini di Singapura sudah pun meminta agar perkahwinan dimaktubkan dalam Perlembagaan sekiranya Seksyen 377A dimansuhkan.

Kumpulan LGBTQ+ berkata pada masa itu mereka "tidak ada rancangan segera" untuk mencabar definisi perkahwinan sebagai mengulas komen Encik Shanmugam.

APCCS berkata: "Perlindungan yang tidak mencukupi menyebabkan perkahwinan terdedah kepada kegigihan aktivis untuk mentakrifkan semula perkahwinan."

Ia memberi contoh kumpulan LGBTQ+ yang berbuat demikian, seperti laporan yang dikemukakan oleh Indignation, Prout, Pink Dot dan Oogachaga kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam laporan ini, mereka antara lain menyeru bagi pengiktirafan perkahwinan dan perkongsian sejenis.

Selain daripada memelihara kesucian perkahwinan, perikatan itu juga berkata “kita harus secara proaktif memelihara dan melindungi kanak-kanak yang tidak bersalah, yang sedang membesar dalam dunia yang semakin seksual yang mendedahkan mereka kepada idea-idea yang memerlukan tahap kematangan fizikal dan emosi yang lebih tinggi untuk menanganinya”.
Sumber : Today/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan