Kumpulan Facebook ini bantu cari kanak-kanak berkeperluan khas hilang di SG
"Dia hilang. Saya... panik, tidak tahu ke mana dia pergi."
Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak dalam bilik yang sesak dengan orang ramai. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: "Dia hilang. Saya... panik, tidak tahu ke mana dia pergi."
Encik Edward Chan, bapa kepada dua anak perempuan yang menghidap autisme, teringat kembali dengan penuh jelas satu kejadian di mana anak sulungnya hilang.
Beliau membawa anak-anaknya ke taman permainan di hadapan blok kediaman mereka apabila anak bongsunya tiba-tiba mula menangis dan mahu pulang.
Beliau kemudian menyuruh isterinya supaya berjumpa dengannya di lobi lif untuk membawa pulang kanak-kanak itu, sementara kakaknya tunggu di taman permainan.
Namun apabila beliau kembali ke taman permainan itu, anak sulungnya sudah tidak lagi kelihatan.
"Saya berada kurang 20 langkah (dari anak sulung saya)... dia sudah hilang," kata Encik Chan.
Sedang beliau mencari anaknya di sekitar kawasan itu, seorang jiran memberitahunya bahawa beliau melihat kanak-kanak perempuan itu di sebuah kedai kopi di seberang jalan.
Encik Chan kemudian bergegas untuk mencarinya.
"Pada ketika itu, beliau tetap melemparkan senyuman (kepada) saya, tetapi bapanya sudah 'hampir hilang akal'," katanya.
Encik Chan, 50 tahun, adalah pentadbir bersama kumpulan Facebook 'Reunite Missing Children'. Beliau turut bertugas dalam bidang perkhidmatan sosial.
Kumpulan Facebook itu ditubuhkan oleh beberapa ibu bapa untuk bantu berkongsi maklumat apabila kanak-kanak berkeperluan khas dilaporkan hilang.
Ia juga kerap memuat naik nasihat bagi ibu bapa serta notis kanak-kanak yang hilang.
Sejak dibangunkan pada 2017, kumpulan itu mempunyai lebih 8,000 anggota.
Bagi Encik Edward, pengalaman peribadinya mendorong beliau untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang apa yang harus mereka lakukan apabila bertemu dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
"Sebagai ibu bapa, kami faham kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa lain apabila anak anda hilang - hilang dari pandangan anda dan anda tidak boleh mencari mereka," katanya.
'Reunite Missing Children' adalah salah satu platform yang bantu menguar-uarkan berita kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mengalami autisme, Muhammad Hairil Muhammad Effendi pada 29 Ogos lalu.
Notis orang hilang dari pihak polis yang dikongsi menerusi platform itu dikongsi ribuan kali di media sosial.
Kanak-kanak itu malangnya ditemui meninggal dunia dua hari kemudian.
"Ia kes yang sangat menyedihkan," kata Encik Chan.
"Ia menjejas kita, menjejas seluruh masyarakat.
"Kami merasakan terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa jika anda melihat sesuatu yang luar biasa, tampil ke hadapan, untuk pasti semuanya baik-baik sahaja."
PUNCA KANAK-KANAK HILANG
Kanak-kanak yang mempunyai spektrum autisme mempunyai tahap pemahaman berbeza tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Oleh itu, adalah penting untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak mengikut kes, kata Cik Linda Marican.
Beliau adalah ketua kerja sosial di Pusat Rainbow, sebuah agensi khidmat sosial yang mendampingi individu kurang upaya.
Bagi kanak-kanak yang mengalami autisme, komunikasi mungkin sesuatu yang mencabar bagi mereka, jadi mereka mungkin tidak dapat memberitahu penjaga mereka ke mana mereka mahu pergi atau apa yang mereka mahu lakukan, kata Cik Marican.
"Apabila mereka berjalan seorang diri, ia kelihatan seolah-olah mereka melarikan diri, tetapi sebenarnya, bukan.
"Bagi mereka, mereka mahu pergi dan lakukan sesuatu, tetapi kerana ia tidak disampaikan... tiada sesiapa tahu ke mana mereka pergi."
Tentang mengapa kanak-kanak berkeperluan khas boleh hilang, Dr Lam Chee Meng berkata mereka terlalu tertumpu pada perkara yang digemari.
Ini mungkin menyebabkan mereka merayau-rayau dari ibu bapa mereka apabila kanak-kanak itu terlihat sesuatu yang menarik perhatian mereka, kata perunding autisme utama di Pusat Sumber Autisme (ARC).
Mereka juga lebih peka kepada maklumat deria di sekeliling mereka, jadi perkara seperti bunyi dan lampu boleh menjadi bebanan kepada mereka dan menjejas keupayaan mereka untuk memberi tumpuan dan mengekori ibu bapa mereka, katanya.
Cik Marican juga berkata sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai "minat mendalam" dalam perkara tertentu, seperti kereta api dan bas, dan mula merayau-rayau seorang diri.
Apabila anda terjumpa seorang kanak-kanak berkeperluan khas yang mungkin tersesat jalan, Encik Chan mencadang menggunakan strategi "tiga S":
- 'Stop to check' atau berhenti dan periksa jika kanak-kanak itu perlukan bantuan
- 'Seek help' atau dapatkan bantuan dan hubungi polis
- 'Stay with the child' atau tunggu bersama kanak-kanak itu sehingga bantuan tiba
Jika anda mengesyaki kanak-kanak berkeperluan khas itu hilang, anda harus mendekatinya secara tenang dan dengan suara yang mesra kerana mereka boleh "salah faham niat anda dan mula berasa lebih takut", kata Dr Lam.
Bagi ibu bapa, perkara pertama yang harus mereka lakukan jika anak-anak mereka hilang adalah untuk menghubungi polis, kata Cik Marican.
Mereka juga perlu menyertakan gambar terkini anak mereka, serta gambaran tingkah laku mereka dan jika mereka mempunyai sebarang keperluan perubatan atau khas.
Ibu bapa juga boleh menghubungi talian hotline pengendali pengangkutan awam supaya mereka boleh menghebahkan maklumat kepada kakitangan mereka supaya bantu mencari kanak-kanak itu, katanya.
Di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pusat Rainbow, kanak-kanak diajar untuk menghampiri seseorang yang berpakaian seragam seperti pengawal keselamatan jika mereka sesat.
"Kami tidak mahu mereka pergi ke mana-mana individu secara rawak," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.