Kumpulan AP bermutu tinggi diperlukan demi pastikan pemerintah berupaya: SM Lee
Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata Singapura memerlukan sekumpulan Anggota Parlimen bermutu tinggi untuk dilantik sebagai menteri.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata Singapura memerlukan sekumpulan Anggota Parlimen bermutu tinggi untuk dilantik sebagai menteri.
Ini demi memastikan sebuah pemerintah yang berkebolehan bagi jangka panjang.
SM Lee berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan menyusuli persaraan Dr Ng Eng Hen daripada politik.
SM Lee turut menambah bahawa beliau juga akan terus berkhidmat selama yang boleh selagi diperlukan.
Buat julung-julung kalinya dalam masa sekitar 20 tahun, Encik Lee Hsien Loong tidak akan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum.
Kata Encik Lee, "Peranan saya dalam Pilihan Raya Umum ini adalah untuk membantu PM (Lawrence Wong) memenangi pilihan raya dengan baik, dan dengan apa cara yang saya boleh lakukan - dari memberi nasihat, menghadirkan diri, memberi sokongan dan menenangi undi di lapangan - saya akan melakukannya."
"Ia bukan tanggungjawab yang sama berat berbanding sebagai PM. Tetapi apa sahaja yang saya boleh lakukan untuk meringankan beban PM, saya akan melakukannya," tambah beliau.
SM Lee juga mengatakan bahawa PM Wong sudah menyesuaikan diri dengan baik sepanjang tahun lalu, mengukuhkan kedudukan beliau dan menyatukan pasukannya.
Bagi pilihan raya kali ini, PAP akan menurunkan sehingga 32 muka baharu iaitu jumlah yang paling banyak dalam tempoh beberapa dekad.
"Tidak dapat dielakkan, ia harus demikian supaya muka baharu boleh masuk dan mereka yang sudah lama berkhidmat akan keluar, dan begitulah yang berlaku kepada kami semua dan suatu hari nanti, kita semua harus keluar," kata Encik Lee.
"Saya tidak tahu sama ada ini adalah penggal terakhir bagi saya. Ia bergantung kepada PM, tetapi saya akan terus berkhidmat selagi saya berguna dan selagi PM fikir saya berguna," katanya.
Pilihan raya umum kali ini menyaksikan ahli politik veteran, Dr Ng Eng Hen, yang merupakan Menteri Pertahanan, bersara daripada politik.
SM Lee berkata PM Wong akan memutuskan siapakah yang akan mengisi jawatan penting itu.
"Rakyat Singapura sudah terbiasa dengan para menteri bermutu tinggi, dengan kewibawaan tertentu. Apabila mereka bersuara, kata-kata mereka masuk akal; apabila mereka menyuarakan pandangan, ia wajar diberi perhatian. Sekiranya ada amaran, sila ambil perhatian dengan serius. Ini bukan soal main-main dan rakyat Singapura menjangkakan mutu seumpama itu pada menteri kita.
"Tetapi untuk mendapatkan menteri bermutu seumpama itu, anda mesti mempunyai AP yang bermutu dan pasukan yang kuat, supaya PM boleh melantik menteri-menteri yang sesuai daripada kalangan mereka. Dan dalam pilihan raya ini, PM sudah membawa masuk sebilangan calon yang berpotensi menjadi lebih daripada sekadar anggota parlimen biasa," kata SM Lee.
Kata beliau, pendekatan tersebut akan memastikan Singapura mempunyai pemerintah yang bermutu tinggi pada jangka panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.