Kumpulan Anggerik Temasek Bangsawan kembangkan seni bangsawan hingga ke Korea
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, sebuah pementasan bangsawan dalam bahasa Melayu akan dipersembahkan di Korea Selatan.
Enam pelakon cilik berusia antara 8 hingga 11 tahun serta empat pelakon muda dari Anggerik Temasek Bangsawan (ATB) akan mempersembahkan 'Bangsawan Burung Bulbul' hasil karya Dr Chua Soo Pong untuk kanak-kanak di bandar Pohang di wilayah Gyeongsang.
Dr Chua yang merupakan doyen bagi Wayang Cina pernah menjalankan usaha rentas-budaya seperti ini bersama masyarakat antarabangsa lain termasuk di India.
Beliau berkongsi, "Saya amat senang hati dapat membawa bangsawan rentas-budaya ini ke Korea. Ini kerana kami akan membawa teater Melayu yang inovatif kepada khalayak Korea buat pertama kalinya.

"Pada tahun 2005 pementasan wayang Cina yang saya tulis dan arahkan berjudul 'Burung Bulbul', diundang oleh Festival Hans Christian Anderson untuk memperingati ulang tahun ke-200 penulis legenda itu. Persembahan sulung yang dipentaskan oleh Institut Wayang Cina itu meraih kejayaan besar dan kemudian membuat persembahan di Singapura pada tahun berikutnya."
Naskhah 'Burung Bulbul' dialih bahasa oleh penasihat Anggerik Temasek Bangsawan, Rizayati Malawad.
"Ia adalah cerita yang indah dan menarik dan saya fikir saya boleh melakukan keadilan untuk menterjemahkannya kepada bahasa Bangsawan yang mudah untuk dihayati oleh kanak-kanak. Saya cuba mengekalkannya rapat dengan elemen asas pementasan bangsawan," kata Cik Rizayati.
Ini adalah kali pertama Bangsawan dipentaskan di Festival Teater Antarabangsa Pohang Bada yang akan diadakan tahun ini buat kali ke-25.

Walaupun menerima undangan dari pihak festival dari Pohang di saat-saat akhir pada akhir bulan Julai, Anggerik Temasek Bangsawan menyahut cabaran untuk menyertai festival itu demi mempertingkatkan tahap kesedaran seni teater bangsawan kepada masyarakat dunia.
Rombongan bangsawan Anggerik Temasek akan berlepas ke Korea Selatan pada Rabu, 16 Ogos.
Persembahan mereka dijadual berlangsung Sabtu 19 Ogos di Pohang, Korea Selatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.