Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kukuhkan keharmonian kaum perlu diiringi usaha, pendampingan berterusan, kata PM Lee

Mengukuhkan keharmonian kaum memerlukan usaha dan pendampingan berterusan, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook hari ini (21 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kukuhkan keharmonian kaum perlu diiringi usaha, pendampingan berterusan, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Mengukuhkan keharmonian kaum memerlukan usaha dan pendampingan berterusan, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook hari ini (21 Jul).

PM Lee berkata demikian sempena Hari Keharmonian Kaum hari ini sambil menyentuh tentang pengalaman berbeza setiap generasi berhubung kaum dan agama.

Menurut beliau, setiap generasi baru mempunyai pengalaman hidup dan titik rujukan berbeza yang membentuk pandangan mereka mengenai kaum dan agama.

Seperti contoh, kata PM Lee, generasi beliau akan terus mengingati rusuhan kaum pada tahun-tahun 1960-an, manakala generasi hari ini terdedah kepada isu-isu global seperti gerakan 'Black Lives Matter'.

"Generasi lama lebih berhati-hati apabila bercakap mengenai kaum dan agama, selepas menyaksikan persengketaan lalu dan kerja keras mereka bagi mencapai keharmonian yang kita nikmati hari ini.

"Golongan belia lebih terbuka mengenai isu-isu ini dan lebih bersedia berbincang mengenai topik-topik sensitif," tulis PM Lee.

Meskipun nilai-nilai dan pandangan akan berubah mengikut peredaran masa, apa yang penting adalah masyarakat Singapura tidak mengambil ringan keamanan yang kita ada sekarang, jelas PM Lee.

"Anak-anak muda kita akan mewarisi Singapura satu hari nanti dan kita semua harus bekerjasama bagi membina masyarakat harmoni bagi semua," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan