Skip to main content

Singapura

Kuil Hindu di Sengkang dibuka semula, Shanmugam puji kerjasama tokong Cina

Satu upacara menyucikan kuil diadakan hari ini (4 Mac) bagi sebuah kuil Hindu yang baru selesai menjalani kerja ubah suai besar-besaran, melibatkan belanja lebih S$4 juta.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2018 08:34PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:38PM

SINGAPURA: Satu upacara menyucikan kuil diadakan hari ini (4 Mac) bagi sebuah kuil Hindu yang baru selesai menjalani kerja ubah suai besar-besaran, melibatkan belanja lebih S$4 juta.

Sekitar 5,000 penganut Hindu menghadiri upacara di Kuil Arulmigu Velmurugan Gnana Muneeswarar yang terletak di Sengkang.

Kuil yang diubah-suai itu kini berwajah baru dan mempunyai kemudahan yang dipertingkat seperti dewan serbaguna yang boleh menampung sehingga 300 orang.

Kuil Arulmigu Velmurugan Gnana Muneeswarar pertama kali menganjurkan upacara penyuciannya pada tahun 2006 sewaktu pertama kali membuka pintunya kepada para penganut.

Ia juga merupakan kuil Hindu yang pertama di Singapura yang menyatukan tiga kuil Hindu di bawah satu bumbung.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam memuji kerjasama silang budaya yang dapat dilihat di upacara ini.

Umpamanya, tokong-tokong Cina berdekatan turut membantu mengagihkan makanan dan minuman di majlis tersebut.

Sejumlah 800 sukarelawan terlibat untuk melancarkan acara ini. 

Sumber : CNA/RL/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita