Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kugiran bekas banduan Penjara Changi ini bakal gegarkan Pentas Esplanade

Acara Red Dot August sempena Hari Kebangsaan memberi peluang istimewa kepada sekumpulan bakat muzik yang lazimnya kurang mendapat perhatian - iaitu golongan banduan dan bekas pesalah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara Red Dot August sempena Hari Kebangsaan memberi peluang istimewa kepada sekumpulan bakat muzik yang lazimnya kurang mendapat perhatian - iaitu golongan banduan dan bekas pesalah.

BERITAmediacorp berpeluang untuk melihat sendiri sesi rakaman kumpulan tersebut yang persembahan mereka akan disiarkan pada Rabu (19 Ogos).

Persembahan bertajuk Muzik Untuk Jiwa - Melewati Peluang Kedua menampilkan lima lagu ciptaan golongan banduan dari Pertandingan Menulis Lagu Reben Kuning.

PERSEMBAHAN SULUNG SECARA BERKUMPULAN

Buat pertama kalinya ia dipersembahkan oleh kumpulan Yellow Ribbon PAC Alumni yang kesemua ahlinya merupakan bekas pesalah dan kumpulan itu juga akan naik pentas buat kali pertama dalam acara anjuran Esplanade itu.

Kumpulan lima anggota itu terdiri daripada Encik Tan Wil Khiam, Encik Mohamed Razif Haron, Encik Affandi Meskam, Encik Zulkifli Abd Rahman dan Encik Yus (bukan nama sebenar).

Wakil kumpulan, Encik Affandi sempat berkongsi perasaan dan harapannya: "Saya rasa gembira dan keluarga saya pun rasa bangga saya dapat membuat persembahan dengan Yellow Ribbon Alumni. Saya berharap kita dapat diberi peluang untuk membuat persembahan dan kita kekal selamat. Kirakan kekal bebas di luar dan jauhi dadah."

Kumpulan itu malah dijangka mengeluarkan video muzik sulung mereka dengan lagu ciptaan mereka sendiri untuk Reben Kuning.

BAKAT DIGILAP SEJAK 2014

Mereka sebenarnya menerima bimbingan muzik daripada jurulatih syarikat Intune Music Pte Ltd sejak 2014 lagi semasa masih meringkuk di Penjara Changi.

(Gambar: Reben Kuning)

(Gambar: Reben Kuning)

Salah seorang pengasas Intune Music, Encik Peng Shi Cheng berharap peluang keemasan untuk membuat persembahan seperti ini dapat membangkitkan lagi semangat mereka.

"Hari ini, enam tahun kemudian dalam tahun 2020 kita berpeluang melihat mereka membuat persembahan di Esplanade dan saya rasa amat bangga dan tersentuh. Saya harap ia akan terus menjadi aktiviti yang positif dalam kehidupan mereka supaya mereka jangan sambung semula atau kembali kepada cara lama mereka.

"Kami berharap mereka akan mendapat lebih banyak peluang membuat persembahan dan mungkin di pentas yang lebih besar juga," jelas Encik Peng.

Persembahan Yellow Ribbon PAC Alumni akan disiarkan melalui laman Facebook rasmi Esplanade di www.facebook.com/EsplanadeSG pada 19 Ogos, jam 8.00 malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan