Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kuda terlepas di Bukit Timah ditemui semula dalam 15 minit

Orang ramai di Bukit Timah mungkin terlihat satu pemandangan yang aneh pada Ahad (5 Apr) petang: seekor kuda putih di tengah jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuda terlepas di Bukit Timah ditemui semula dalam 15 minit

Seekor kuda putih terlepas di kawasan Bukit Timah (Gambar: Bebe Joelle/Facebook)

Diterbitkan : 06 Apr 2020 09:07AM Dikemas Kini : 06 Apr 2020 09:11AM

SINGAPURA: Orang ramai di Bukit Timah mungkin terlihat satu pemandangan yang aneh pada Ahad (5 Apr) petang: seekor kuda putih di tengah jalan raya.

Dalam satu petikan video yang tular di media sosial, pengguna Facebook Bebe Joelle merakam haiwan itu berderap di Eng Neo Avenue.

Video tersebut dikongsi sekitar 9,000 kali di Facebook, dengan sesetengah pengguna berseloroh bahawa mamalia itu "mungkin sedang lari dari masalahnya".

Pengguna lain pula berkata "haiwan kini keluar sedang manusia dikurung".

Kuda tersebut difahamkan adalah dari Akademi Polo Paisano, yang terletak di Turf Club Road.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) menghubungi Akademi Polo Paisano sebaik saja pihaknya dimaklumkan tentang insiden itu.

"Kuda itu terlepas dari arena akademi itu dan berlari di Eng Neo Avenue petang tadi," kata timbalan pengarah AVS, Dr Alwyn Tan. Kakitangan akademi itu menemui semula kuda itu dalam tempoh 15 minit setelah ia terlepas, tambah beliau.

Dr Tan berkata AVS sedang menyiasat insiden itu dan bekerjasama dengan pihak akademi polo tersebut berhubung langkah-langkah untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Para doktor haiwan kami sudah memeriksa haiwan itu dan mendapatinya dalam keadaan sihat," tambah beliau.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan