Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Kuantum tinggi S$1.8 bilion' mungkin sebab kurang bidaan bagi People's Park Centre

Anggaran Waktu Membaca:
'Kuantum tinggi S$1.8 bilion' mungkin sebab kurang bidaan bagi People's Park Centre

(Gambar: Facebook/People's Park Centre)

SINGAPURA:'Kuantum tinggi sebanyak S$1.8 bilion" mungkin sebab yang menyumbang kepada kurangnya bidaan yang diterima dalam tender penjualan secara berkelompok bagi People's Park Centre.

Demikian menurut agensi hartanah, ERA Realty Network pada Jumaat (19 Ogos).

Bangunan People’s Park Centre di Chinatown ditawarkan bagi penjualan secara berkelompok pada harga rizab S$1.8 bilion, iaitu harga paling rendah yang boleh diterima penjual, pada Julai lepas.

Tender bagi People’s Park Centre ditutup pada 18 Ogos pada pukul 3.00 petang, tanpa sebarang bidaan diterima.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, ERA menyatakan "jumlah kuantum yang tinggi" mungkin faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut.

Menurutnya mana-mana tawaran bersama akan menjadi lebih rumit dan mungkin memerlukan lebih banyak masa, sambil menambah bahawa tidak ada "penjualan secara berkelompok melebihi S$1 bilion sejak 2007".

Apabila ditanya jika harga rizab terlalu tinggi bagi bakal pelabur, ERA menyatakan "meskipun kuantum tersebut merupakan jumlah rekod dalam penjualan secara berkelompok di Singapura, harga tanah tersebut masih berpatutan dalam pasaran sekarang yang semakin berkembang pesat terutamanya minat semula dalam tanah komersil."

"Dalam percubaan bagi penjualan secara berkelompok sebelum ini pada 2019 pada harga S$1.5 bilion, People's Park Centre tidak mendapat mandat 80 peratus yang diperlukan daripada pemilik," menurut ERA.
Penjualan itu kini memasuki peringkat perjanjian privet yang bakal berlangsung selama 10 minggu. Semasa tempoh itu, pembeli boleh membuat perjanjian persendirian dan menghantarkan permohonan kepada Lembaga Hak Milik Strata (STB), menurut ERA.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan