Kuantum pelaburan lebih tinggi antara perubahan skim beri status PR kepada pelabur yang layak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Individu yang berhasrat untuk memohon status Penduduk Tetap (PR) di bawah program pelaburan akan diperlukan untuk melabur jumlah yang lebih banyak di Singapura tidak lama lagi. Ini sebagai sebahagian daripada perubahan yang diumumkan pada Khamis (2 Mac) bagi menghasilkan "sumber pendapatan tambahan" bagi ekonomi.
Setakat ini, Program Pelabur Global (GIP) memberi status PR kepada warga asing yang layak, yang melabur sekurang-kurangnya S$2.5 juta dalam perusahaan baru atau sedia ada, dana GIP yang melabur dalam firma berpangkalan di Singapura atau pejabat tunggal keluarga baru atau sedia ada yang berpangkalan di sini dengan sekurang-kurangnya S$200 juta aset di bawah pengurusan.
Dengan banyak bidang kuasa "bersaing untuk menarik pemilik perniagaan berkaliber tinggi dan pemilik modal", perubahan terkini bertujuan untuk "memikat hanya pemilik perniagaan peringkat tinggi yang berminat untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan pelaburan mereka dari Singapura", menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), yang mentadbirkan program itu.
"Perubahan sedemikian akan mengalak pelabur GIP untuk memperuntukkan lebih banyak dana dalam sistem kewangan tempatan dan menghasilkan lebih banyak pekerjaan bagi warga Singapura, termasuk dalam peranan seperti kewangan, cukai dan kerjaya perundangan serta pengurusan dana," tambahnya dalam satu kenyataan media.
Perubahan tersebut akan dilaksanakan bagi kesemua pilihan pelaburan dari 15 Mac.
SYARAT PELABURAN
Para pemohon yang meninjau pilihan pertama untuk melabur dalam perniagaan yang baru dan sedia ada di Singapura, perlu menunjukkan pelaburan sekurang-kurangnya S$10 juta, termasuk modal berbayar.
Bagi pilihan kedua iaitu dana dipilih GIP, pelaburan minimum yang diperlukan akan bertambah kepada S$25 juta. Dana tersebut akan dipilih berdasarkan "penilaian menyeluruh" terhadap faktor-faktor seperti rekod prestasi dan mandat pelaburan di Singapura, menurut EDB.
Pilihan ketiga memerlukan para pemohon menubuhkan pejabat tunggal keluarga yang berpangkalan di Singapura dengan sekurang-kurangnya S$200 juta aset di bawah pengurusan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.