Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kronologi penahanan 2 remaja SG radikal sendiri

Anggaran Waktu Membaca:
Kronologi penahanan 2 remaja SG radikal sendiri

Rakaman video ajaran IS yang direka oleh remaja berusia 16 tahun, menggunakan rakaman permainan Roblox. (Gambar: ISD)

SINGAPURA: Dua remaja berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (21 Feb). 

Berikut kronologi remaja itu menjadi radikal. 

Awal 2022: Pelajar 15 tahun menemui 'podcast' oleh pendakwah asing, Ismail Menk, semasa mencari kandungan keagamaan online. 

Dia menjadi taksub dengan bahan itu sebelum melungsuri wadah-wadah media sosial lain untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan agama.

Terdedah kepada kandungan ganas termasuk propaganda ISIS.

Terlibat dalam perbincangan dengan individu-individu di luar negara yang mempengaruhinya dengan kepercayaan pelampau. 

Pertengahan 2022: Sudah menjadi radikal. 

Percaya bahawa keganasan  bersenjata dibenarkan terhadap "orang kafir", termasuk pengikut Muslim Shia, Sufi, orang bukan Muslim. 

Anggap mereka yang "menindas" orang Muslim, mereka yang menguatkuasakan undang-undang sekular atau menghambat pembangunan pemerintahan Khalifah sebagai "khafir" yang harus dibunuh.

Pertimbang untuk pergi ke Afghanistan kerana berhasrat tinggal di bawah pemerintahan Khalifah
(Tiada persiapan apabila diberkas pada Dis 2022).

Luahkan sokongan kepada mana-mana kumpulan yang mahu tubuhkan pemerintahan khalifah di Singapura atau luar negara termasuk buat ikrar bai'ah, angkat senjata dalam perang jihad termasuk bunuh "khafir" dan serangan nekad.

Lahir sokongan buat ISIS, khususnya dalam tindakan pada awal 2014 apabila 'berjuang' untuk mewujudkan pemerintahan Khalifah; kongsi bahan pro-ISIS di akaun media sosial.

Cuba beli bendera ISIS di wadah e-dagang tetapi gagal.

Kongsi video Al-Qaeda dan ISIS, termasuk video yang menunjukkan pemancungan kepala, kepada rakan sekelas untuk mempengaruhi mereka.

Tiada rakan sekelas menunjukkan minat terhadap bahan pelampau itu.

Cuba meyakinkan dua kenalan online untuk melakukan keganasan bersenjata tetapi gagal.

Lewat 2022: Rancang lakukan serangan dengan memancung kepala orang bukan Muslim di daya tarikan popular di Singapura .

Ingin menjadi pengebom nekad; dapat ilham daripada video pengebom nekad dan pemancungan kepala ISIS yang sering ditontonnya.

Pandangannya amat radikal tetapi belum membuat apa-apa untuk merealisasikan idea lakukan serangan.

Disember 2022: Ditahan dan diberi Perintah Tahanan (OD) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

REMAJA 16 TAHUN 

November 2020: Pelajar yang pada waktu itu berusia 14 tahun, ditahan dan dikenakan perintah sekatan apabila didapati berminat dalam kandungan pelampau. 

Menemui nasyid jihad ISIS di wadah penstriman muzik online.

Dinilai mudah terpengaruh ideologi radikal dan diberi amaran oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) agar mengelak kandungan pelampau online.

Tidak mematuhi amaran dan terus mendalami ajaran ISIS serta melibatkan diri dalam perbincangan berkaitan ISIS dengan warga media sosial lain.

Yakin dengan kesahihan ISIS & menyokong sasaran ISIS untuk mewujudkan pemerintahan Khalifah menerusi keganasan, termasuk melalui pemancungan kepala, serangan tembakan dan serangan bom nekad.

Menyertai pelbagai server bertemakan ISIS di platform permainan online Roblox di mana konteks permainan menyerupai zon konflik fizikal ISIS.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang anggota ISIS dalam permainan tersebut dan berikrar menjadi 'pemimpin ISIS' dalam alam permainan tersebut 

Lewat 2021-Awal 2022: Mereka dan memuat naik tiga video ajaran ISIS di media sosial menggunakan rakaman video Roblox yang ditambahkan dengan nasyid ISIS dan gambar bendera ISIS.

Januari 2023: Ditahan dan dikenakan Perintah Sekatan (RO).

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan