Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kriteria kemasukan untuk Tahun Pertama Politeknik akan diubah mulai 2028

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2024 08:32PM Dikemas Kini : 04 Mar 2024 08:55PM
SINGAPURA: Bakal terdapat perubahan kepada kriteria kemasukan untuk Tahun Pertama Politeknik mulai 2028, dengan pelaksanaan menyeluruh Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB).

Pelajar sekolah menengah tidak lagi perlu mengambil kedua-dua Subjek Terpilih, atau yang turut dipanggil Subjek Terbaik pada tahap Ekspres atau G3.

Sebaliknya, mereka boleh pilih untuk mengambil hanya satu daripadanya pada tahap G2 yang lebih rendah.

Buat masa ini, para pelajar dinilai berdasarkan sistem lima subjek G3, dan perlu mencapai skor agregat tidak lebih daripada 26 mata.

Dengan perubahan itu, mereka sebaliknya dinilai menerusi empat subjek G3 dan satu subjek G2, dengan skor agregat tidak melebihi 22 mata.

Bagi kedua-dua Subjek Terpilih di peringkat G3, subjek dengan keputusan lebih rendah akan dialihkan kepada tahap G2.

Jadi, sekiranya jika seorang pelajar mendapat gred C6 dalam subjek itu, ia akan dikira sebagai 2 mata.

Mengulas mengenai matlamat bagi perubahan tersebut dilaksanakan, Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata: "Selaras dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Penuh (Full SBB) di peringkat sekolah menengah, profil-profil pelajar yang lebih pelbagai akan dapat memasuki Tahun Pertama Politeknik bermula pada tahun 2028.

"Perubahan-perubahan ini akan membolehkan para pelajar memilih subjek-subjek yang lebih sesuai dengan kekuatan dan kecenderungan pembelajaran mereka," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan