Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kriteria kelayakan skim bantuan pendidikan disemak mulai tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2022 09:22PM Dikemas Kini : 14 Oct 2022 09:31PM
Mulai tahun depan, kriteria kelayakan bagi beberapa skim bantuan serta subsidi pendidikan bakal disemak.

Dalam satu catatan di laman Facebook, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata, ini membolehkan lagi sekitar 10,500 pelajar untuk layak menerima pelbagai bantuan tersebut.

Antara lain, bagi keluarga bergaji rendah, kriteria pendapatan bagi skim bantuan kewangan MOE bakal diperluas.

Syarat pendapatan kasar isi rumah akan naik sebanyak S$250, sedang kadar per kapita pula bertambah sebanyak S$60.

Dengan itu, kriteria kelayakan untuk Dermasiswa MOE bagi Sekolah Bebas dan institusi posmenengah juga bakal meningkat.

Pihak MOE juga menyemak kriteria kelayakan untuk dermasiswa pelajar ITE.

Bagi dermasiswa masyarakat, kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan dari S$4,000 kepada S$4,400, sedang bagi per kapita, jumlahnya dinaikkan dari S$1,000 kepada S$1,100.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan