Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kriteria Dana Ketabahan diperluas untuk bantu lebih ramai keluarga terjejas COVID-19

Syarat-syarat kelayakan bagi Dana Ketabahan akan diperluaskan bermula 1 Jun ini bagi membantu lebih ramai keluarga yang terjejas dek pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2020 09:54PM Dikemas Kini : 27 May 2020 09:58PM

SINGAPURA: Syarat-syarat kelayakan bagi Dana Ketabahan akan diperluaskan bermula 1 Jun ini bagi membantu lebih ramai keluarga yang terjejas dek pandemik COVID-19.

Dana tersebut menerima lebih S$13.6 juta dalam bentuk sumbangan derma sejauh ini.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Desmond Lee berkata ramai warga Singapura terjejas teruk oleh wabak pandemik COVID-19, dan kesan ekonomi masih terus berlanjutan.

Menurutnya pada bulan April sekitar 450,000 orang menerima bantuan dari Dana Bantuan Sementara.

Sejak 4 Mei pula, MSF menerima kira-kira 48,000 permohonan untuk Geran Sokongan COVID-19.

Lebih 100,000 rakyat Singapura kata Encik Lee akan disokong di bawah Skim Bantuan Pendapatan Orang Bekerja Sendiri manakala sokongan dipertingkat bagi keluarga di bawah ComCare.

Encik Lee berkata, sejauh ini Pemerintah telah memperuntukkan S$2.5 bilion untuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat Singapura yang memerlukan bantuan.

Bagi meluaskan lagi jangkauan bantuan di bawah Dana Ketabahan,
mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah S$6,200 dan ke bawah akan layak menerima dana tersebut.

Jumlah tersebut dinaikkan daripada had S$3,900 sebelum ini.

Mereka dengan pendapatan bulanan per kapita S$2,000 dan ke bawah juga akan layak mendapat bantuan dari dana tersebut.

Had pendapatan itu dinaikkan daripada S$1,350 sebelum ini.

Encik Lee menambah Dana Ketabahan akan memanfaatkan lebih banyak keluarga dengan ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19
atau mereka yang kehilangan mata pencarian, diletakkan dalam kuarantin atau perintah jangan keluar rumah (SHN). 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NF/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan