Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kris Dayanti kembali dengan konsert "Mencintaimu" di SG selepas 14 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Ratu pop Indonesia, Kris Dayanti bakal memukau para peminat dalam konsert selama dua jam yang bakal belangsung pada 24 Mei ini.

Konsert berjudul "Mencintaimu" yang dianjurkan oleh Berkat Entertainment itu bakal memaparkan perjalanan kerjaya Kris Dayanti sebagai anak seni sepanjang tiga dekad.

Selepas 14 tahun tidak beraksi di Kota Singa, penyanyi itu bakal mengubati rindu para peminat di sini.

"Ada banyak cerita dalam hidup saya yang sangat mengesankan sepanjang 14 tahun itu. Kita semuanya tahu bahawa dalam hidup kita semua pasti ada pasang surutnya dan kalau baru sahaja diberikan kesempatan sekarang, mungkin saya rasa baik kerana saya baru sahaja membuat versi baru album 'mini' saya. Jadi mudah-mudahan ini penantian yang boleh mengubati kerinduan semua," kata Penyanyi, Kris Dayanti.

Dalam konsert itu nanti, beliau akan menyanyikan lagu "Mencintaimu" yang diberikan nafas baru oleh komposer muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa.

Versi terbaru "Mencintaimu" itu dipilih untuk diterbitkan semula pada 28 April 2023 dan lengkap dengan muzik video yang baru.

Susunan baru itu juga dijayakan dengan sentuhan Simfoni Orkestra Czech.

a

"Mencintaimu sampai sekarang boleh dikatakan adalah lagu yang paling banyak diminta sepanjang kerjaya saya. Jadi lagu ini adalah sebagai penghargaan bahawa saya sangat mencintai apa yang sudah diberikan dalam bentuk penghargaan dalam kerjaya dan keluarga saya," kata Kris Dayanti.

Selama dua jam, para peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu "hit" dan malar segar penyanyit itu.

Antaranya termasuk "Menghitung Hari", "Makin Aku Cinta", "Aku Wanita Biasa" dan "Cobalah Untuk Setia".

Para penonton juga boleh menjangkakan persembahan khas daripada puteri muzik ikon itu, Aurel Halilintar dan Amora Lemos serta menantunya, Atta Halilintar.

a

Mereka akan menyanyikan lagu "This Is Indonesia" bersama Kris Dayanti.

"Saya dan Aurel dan juga anak menantu saya, kita sempat membuat lagu 'This Is Indonesia' pada Ogos 2021. Ini adalah satu kesempatan untuk mereka membuat persembahan di negara lain dan peluang yang baik suntuk anak-anak saya," tambah beliau.

Beliau juga teruja dapat membuat persembahan di hadapan 5,000 orang yang dijangka hadir pada konsert itu yang bakal dipentaskan di teater The Star.

"Di Jakarta tidak ada gedung sebesar ini, yang paling besar memuatkan hanya 2,500 orang, jadi saya itu adalah antara cabaran yang dihadapi," kata Kris Dayanti.

Para peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert "Mencintaimu" di lelaman ini.

Khas buat Hari Ibu yang bakal menjelang, mereka yang mendapatkan tiket dari 1 hingga 14 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 15 peratus.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan